in ,

Wartawan Jenayah Berprofil Tinggi Bukan Sekadar Menulis Berita

Gambar : Syahril A. Kadir

Seperti yang abang pernah tulis, abang pernah terlibat secara langsung dalam membuat liputan banyak kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini seperti Geng M16, kes pembunuhan Noritta Samsudin, mendiang Canny, Altantuya Shariibu, kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan macam-macam lagilah kalau nak ingat balik.

Sebenarnya sampai sekarang agak sukar untuk abang memberi tafsiran atau definisi sebenar apa yang dimaksudkan dengan kes berprofil tinggi.

Walaupun dekat 18 tahun juga abang menjadi wartawan di mana sebahagian besarnya di Meja Jenayah, abang pun payah nak beri maksud yang tepat bila orang tanya – Apa itu kes berprofil tinggi?

Tetapi secara dasarnya, abang boleh membuat kesimpulan yang kes berprofil tinggi adalah kes yang melibatkan kepentingan umum, orang-orang kenamaan dan menjadi perhatian seluruh negara, seperti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang lain.

Korang kat luar sana hanya perlu bayar RM2 untuk beli paper membaca perkembangan kes berkaitan atau sekarang ni dah boleh baca secara percuma melalui internet, tetapi tahukah korang betapa ‘seksanya’ kami sebagai wartawan jenayah untuk menghasilkan berita-berita kes berprofil tinggi ini

Pertama, kami terpaksa bersaing de.ngan akhbar-akhbar atau stesen TV untuk menghasilkan laporan yang terbaik dan terkini, dalam hal ini kami tidak boleh tertinggal walau satu pun fakta penting mengenai kes yang sedang kami laporkan.

Jika kami gagal, atau dalam erti kata lain, kami ‘miss’ mana-mana fakta kes berbanding akhbar/TV lain, jawabnya kami akan dihamun oleh editor kami, malah sampai satu peringkat kami mungkin akan ditukarkan ke bahagian lain atau diberikan surat tunjuk sebab kenapa kami gagal dalam tugasan yang diberikan.

Kedua, kami terpaksa berhati-hati dalam setiap kes yang kami laporkan kerana jika kami tersilap fakta, atau dikesan menambah-nambah cerita yang sebetulnya tidak ada, kami pasti akan dipanggil oleh polis untuk diambil keterangan atau disoal-siasat.

Lebih teruk jika kami dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan, peguam atau pendakwaraya confirm akan ‘basuh’ kami cukup-cukup jika mereka merasakan kami terlebih ‘rempah ratus’ ketika menulis berita mengenai kes yang mereka kendalikan.

Dan yang paling ditakuti oleh setiap wartawan adalah jika disaman pihak yang tidak berpuas hati dengan berita yang dihasilkan, silap haribulan, company boleh bangkrap dan kerja pun boleh melayang!

Selain itu, sebagai wartawan, kami juga perlu tahan lasak.Tahan lasak maksudnya bukan macam Hulk Hogan tu, tapi kami perlu tahan kena maki, tahan berjemur di lokasi contohnya duduk berjam-jam di lokasi pembunuhan, berkampung di luar pagar rumah orang (macam kat rumah arwah Sosila), tahan bekerja kekadang sampai 24 jam sehari dan macam-macam lagi dugaan.

Namun adakalanya kami perlu berani, kerana kalau asyik takut kena soal-siasat dengan polis, kalau asyik takut disergah peguam dan kalau asyik takut disaman, percayalah, takkan ada akhbar di dunia ini!

Sebab itu kami cukup berhati-hati dalam menulis, sumber kami perlu ada kredibiliti, fakta kami perlu ada integriti dan tulisan kami perlu ada ‘maturity’ , dalam erti kata lain bukan BERANI MEMBUTA TULI tetapi BERANI YANG ADA ISI!

Berbalik pada isu kes pembunuhan berprofil tinggi ini, selain daripada kenyataan rasmi daripada pihak polis, kami juga pasang ‘kaki’ atau informer dalam PDRM sendiri, kekadang mekanik polis pun boleh beri ‘info’ yang cukup berguna kepada kami.

Ini belum lagi ‘kaki’ kami di bilik mayat, bomba, RELA, Imigresen, kastam, tentera, petugas hospital, operator trak tunda dan sebagainya

Percayalah, semua ‘kaki’ ini tak perlu diberi rasuah seperti yang disangka (reporter pun sengkek sebenarnya), selalunya mereka bersedia memberikan kerjasama jika kita hormat dan pandai mengambil hati mereka, maklumlah mereka juga manusia, kekadang dengan hanya satu senyuman pun kita boleh mendapat ‘info’ daripada mereka-mereka ini.

Sebab itu menjadi wartawan bukan hanya perlu bagus dalam penulisan, kami juga perlu mempunyai teknik PR (perhubungan awam) yang baik dan perlu pantas dalam membuat keputusan.

Yang paling penting, kami perlu bijak dalam menilai sesuatu maklumat, merungkai sesuatu info, menganalisa sesuatu fakta dan mempunyai rangkaian atau network yang baik.

Kalau takde kawan, ‘kaki’ atau informer, itu bukanlah wartawan.

Kalau nak cerita pasal karier kewartawanan ni sampai esok pun tak habis, abang sendiri masih belajar dan belajar untuk menjadi wartawan yang baik.

Susah memang susah nak tulis berita kes jenayah yang berprofil tinggi ini, tetapi bila pembaca puas membaca hasil tulisan kita, itulah kenikmatan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata sebenarnya.

Syahril A. Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Malaysia Truly Asia Kempen Paling Berjaya Sehingga Hari Ini

iPhone Cikgu Hilang? Find My iPhone Kan Ada