,

Walau Apapun, Anak Muda Wajib Stay Relevan

Ketika Team Wolf dijemput menyertai Selangor International Expo 2016 pada 20-22hb Oktober 2016 di Mines Internation Exhibition and Convention Centre, aku sempat menyertai beberapa sessi ‘talk’ bersama ahli-ahli perniagaan dan selebriti yang berjaya.

Antara sessi yang paling best adalah bersama Afdlin Shauki yang membincangkan topik “Staying Relevant in an Ever-changing World”. Topik ini membincangkan bagaimana kita perlu sesuaikan dan uruskan diri dengan perubahan di sekeliling kita untuk kekal sukses.

Aku tertarik bila Afdlin kongsikan beberapa contoh di mana perubahan berlaku di dalam industri hiburan.

Pada satu ketika dahulu, bila “itunes” dicipta, syarikat rakaman dan pengedar cd-cd lagu seperti Universal Music dan EMI hanya pandang remeh dengan kemunculan itunes kerana bagi mereka, itunes yang memerlukan internet tidak relevan pada masa itu.

Tetapi sekarang, itunes, spotify dan yang seangkatan dengannya telah pun mengambil alih tempat mereka dan menjadi sumber utama untuk para pendengar mendapatkan lagu-lagu kegemaran mereka. Hanya perlu tekan butang di laptop atau telefon pintar sahaja. Cd-cd lagu tidak lagi menjadi relevan pada masa kini.

Begitu juga dengan muzik video. Pada ketika dahulu, para artis berebut membuat muzik video dan ingin ditayangkan di rancangan seperti MTV untuk mempromosikan lagu mereka. Malah mereka perlu membayar dan melobi untuk ianya ditayangkan.

Tetapi dengan adanya Youtube, segalanya berubah. Para artis hanya perlu upload di Youtube sahaja. Malahan, jika video tersebut mencecah jumlah viewers yang banyak, artis tersebut pula yang dibayar oleh Youtube.

Contohnya lagu ‘PPAP – Pen Pineapple Apple Pen’ yang ketika mencecah 90 juta viewers dalam masa yang singkat telah menerima hampir USD70k dari Youtube. Cuba bayangkan berapa pula yang PSY terima untuk muzik videonya Gangnam Style yang mencecah 2.6 billion viewers?

Ini adalah antara perubahan yang berlaku di industri hiburan dan ianya juga berlaku di dalam bidang perniagaan.

Jika dahulu, kita hanya nampak iklan-iklan produk herba di suratkhabar Harakah dan majalah-majalah kesihatan. Kini, produk herba telah memenuhi billboard di sepanjang lebuhraya utama dan juga di rancangan-rancangan utama di televisyen seperti Akademi Fantasia dan Gegar Vaganza.

Produk herba yang dahulunya berbentuk tipikal seperti maajun, jus pahit dan air rebusan telah berubah menjadi serbuk minuman, tablet kunyahan dan jus yang sedap-sedap. Segalanya berubah mengikut permintaan pengguna.

Kita perlu segera berubah dan sesuaikan diri dengan keadaan semasa jika ingin kekal relevan. Kita perlu sentiasa fikir ke hadapan dan terus melangkah. Jika sekarang, orang kata kita perlu fikir ‘outside of the box’, pada masa akan datang kita perlu fikir ‘outside of the outside’.

 

Shairy Hanapiah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *