in ,

Wahai Bani Terpilih, Apa Yang Telah Kamu Lakukan?

Jumaat baru ni aku ada jumpa seorang pelajar dentistry dari Alexandaria Mesir, dia tengah cuti sebulan jadi dia datang ke Perancis nak jalan-jalan. Soalan pertama aku tanya dia, “macam mana Mesir lepas revolusi?” Dia jawab ringkas je, “tak ada apa-apa”.

Sepanjang hari aku lepak dengan dia, banyak dia share pasal Mesir terutama sekali pasal bangsa Arab dekat Mesir. Daripada cerita dia tu aku sendiri tak dapat bayangkan betapa nerakanya kehidupan masyarakat dekat sana. Sepanjang dia bercerita tu memang nampak dia tertekan hidup dengan bangsa Arab dekat Mesir.

Keadaan masyarakat dekat sana memang tak aman. Katanya dekat sana kau janganlah nak pakai earphone dekat tempat awam nak dengar lagu ke apa ke memang akan ada bangsa Arab yang akan rentap saja earphone tersebut kemudian bawa lari. Lepas tu janganlah nak bermesej-mesej pakai handphone dekat tempat awam sebabnya memang kena rembat punya handphone tu walaupun dekat tangan kita.

Sini (dekat Perancis) jalan raya dia aman, senyap saja katanya. Kalau dekat Mesir bangsa Arab dekat sana suka tekan-tekan hon. Mesti akan ada orang tekan-tekan hon bersambung-sambung.

“Aku pun tak faham apa yang diorang seronok sangat tekan-tekan hon kereta ni”.

Diorang juga merupakan bangsa yang pengotor. Mereka ni jenis suka kencing dekat dinding. Jenis suka kencing merata-rata tempat. “Kalau kau bawak kereta dekat jalan, mesti kau boleh tengok Arab kencing merata dekat tepi jalan.” Kalau pergi dekat masjid uni Al Azhar karpet masjid tu kotor dan hitam. Kalau pergi ke tandas dekat masjid uni Azhar, memang berbau busuk. Tahi bersepah-sepah! Katanya. (Tak dapat aku bayangkan macam mana rupanya tahi bersepah-sepah tu).

Dan banyak benda lagi yang dia kongsi pasal bangsa Arab ni daripada rakyat biasa, sampailah ke syarikat-syarikat, kompeni-kompeni semuanya kaki kelepet dan suka menipu bila berurus niaga.

Bila dia cerita benda-benda macam ni aku pun sebenarnya tak adalah terkejut sangat sebabnya ceritanya lebih kurang sama saja dengan cerita housemate aku dari Nigeria beritahu aku dulu. Bila dia nak balik Nigeria dulu dia ada transit dekat Mesir, jadi pengalaman dia tengok bangsa Arab dekat Mesir tu lebih kurang sama saja.

Lagipun bangsa Arab ni dekat mana-mana saja memang sama saja perangai diorang. Masa aku degree dan master dulu 5 tahun aku duduk dengan foreigner, di mana 3 orang adalah bangsa Arab dan seorang dari Nigeria. 4 orang lagi rakyat Malaysia (Jadi 8 orang total satu rumah). Jadi memang aku faham sangat dengan perangai Arab ni macam mana, sebab aku memang rapat dengan diorang lebih rapat lagi daripada member Malaysia sendiri. Makan sama-sama, lepak sama-sama.

Dulu masa aku tahun akhir degree pun aku ada ajar 2 orang student Fizik daripada bani Arab ni. Sorang tahun 1 sorang lagi tahun 2. Dua-dua Arab ni minta aku buat extra kelas macam tuisyen gitu untuk diorang.

Yang tahun satu tu dia mintak aku ajar subjek Fizik moden, yang tahun 2 tu minta ajar subjek Mekanik Kuantum dengan Statistical Physics. Nak ceritanya dekat sini bila aku ajar diorang ni ada je benda yang dia nak argue, ada je benda dia nak ajar kita balik.

Macam yang budak tahun satu tu, sebelum aku nak ajar dia pasal teori Einstein aku kena highlight kan dulu teori Electrodynamic. Sebab bagi aku ini kuncinya. Kalau tak faham benda ni macam mana kau nak faham konsep speed of light is always constant, apa masalah dengan Galilean Transformation, kenapa nak kena pakai lorentz dan lain-lain.

Aku pun ada juga jelaskan pasal Eksperimen Michelson-Morley, pasal reference Frame of Ether semua tu. Memang cukup detail aku ajar dia, sampai kan setup eksperimen, semua kerabat-kerabat equation dalam eksperimen tu semua aku derive depan dia which aku tahu memang lecturer takkan sentuh dalam kelas.

Even masa aku belajar Fizik Moden dengan Dr Azwani dulu pun Dr terus jump pada aspek time dilation, length contraction pada HARI PERTAMA kelas. Berapa banyak Dr dah skip pasal topik relativiti ni. Aku ambil masa yang lama nak faham serba serbi pasal teori ni (almost 1 month), dan bila aku nak ajar balik budak ni tadi aku tahulah mana flow yang aku kena ikut untuk bagi pemahaman terbaik pasal teori tu. La ni dia pula duk argue sana argue sini, kata lecturer tak ajar kenapa aku plak nak kena ajar, katanya aku saja nak habis kan masa dia lah, kepala hotak dia lah. Aku cikgu ke kau cikgu ni? Tension betul.

Berbalik pada cerita student dentist tadi, aku ada tanya, “masjid dekat sana (Mesir) mesti penuh kan bila time solat? Subuh mesti ramai kan jemaah”.

“Haah” jawabnya.

Aku dah agak. Senarionya sama saja dengan housemate aku dulu tu. Diorang kalau bab-bab agama macam solat dekat surau, masjid, mengaji memang number one. Tapi amalan solat diorang tu tak melimpah kepada moral dan akhlak bila dekat luar. Macam housemate aku dulu tu aku ingat lagi dia selalu mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia nak buat enforcement wajibkan topi keledar bila nak bawak motor dan wajibkan tali pinggang bila nak bawa kereta. ” This is our live, no one should decide what we should do and what we should’nt”, katanya. Masa tu aku ketawa je lah tapi dalam hati memang ada cakap, alah bangangnya lah puak Arab ni.

Jadi bila aku tanya kawan dentist tadi apa benda yang bagus pasal bangsa Arab dekat Mesir? Sebabnya semua dia cerita benda buruk saja. Dia jawab, ” Jus buah dia best, tu je. Yang lain-lain tak ada”. Bila dia sebut macam tu aku teringat satu kuliah Mufti Wilayah Dr Zulkifli al Bakri dekat Masjid Nilai dulu. Orang Arab ni terkenal dengan 3 benda ( aku ingat dua je). Mufti kata, “Shisha dengan Nasi Arab”

Itu sajalah benda yang kita kenal dengan bangsa Arab yang melambangkan masyarakat Muslim dekat dunia ni. Bangsa Arab yang menimbulkan Islamofobia, terkenal dengan sikap degil, keras kepala, tak bertamadun dan tak suka pada undang-undang. Dekat mana-mana negara mereka, dan dekat mana-mana mereka pergi orang tak suka dengan mereka.

Bahkan dengar mereka cakap bahasa mereka sendiri pun dah cukup untuk membuatkan satu penumpang kapal terbang lain rasa tak selesa – kes Adam Salleh.

Sebabnya semua orang fobia dengan bangsa ni. Bangsa mereka hancur, negara mereka hancur. Tak ada benda baik yang masyarakat dunia kenal pasal mereka melainkan Shisha, Nasi Arab dan mungkin jus buahan yang sedap. Itu saja.

Tiba-tiba bangsa yang hancur daripada negara yang hancur ni berhijrah ke negara-negara maju. Siapa yang tak takut? Penduduk negara maju ni mestilah takut negara mereka akan rosak juga sebagai mana rosaknya negara kaum migran ni. Iyelah, kalau ikutkan kaum migran ni pun berapa kerat saja, tapi kesan ketakutan dan fobia orang ramai pada mereka memang dahsyat betul.

According to my friend, Hisham Haamsir di Perancis ada 3 bandaraya yang besar dan kalau ikut turutan, yang paling besar adalah Paris, kemudian Lyon diikuti Marseille. Populasi penduduk di Paris adalah paling padat, dan Marseille adalah bandar kedua terpadat walaupun lebih kecil dari Lyon. Di Marseille ni menurut Hisham sebuah bandar yang paling banyak kaum migran dari bangsa Arab ni dan dia sangat kotor. Kes jenayah pun banyak yang berlaku melibatkan bangsa ni dekat sana. Tengok ni, dia dekat negara asal dia buat kotor, datang negara orang pun buat kotor juga. Siapa tak benci?

Orang Eropah dekat Perancis ni tak hairan dengan Islam pun. Dalam ramai-ramai yang solat Jumaat berkepuk-kepuk semuanya susah nak cari orang Perancis original yang convert masuk Islam. Almost tak ada. Semuanya kaum Arab yang datang dari negara asal mereka. Aku pun faham sebabnya kenapa, kerana mereka (orang Perancis) tak nampak apa yang agama Islam ni boleh offer pada mereka melainkan negara akan jadi hancur, dan penganutnya jadi keras dan gasar macam bangsa Arab tadi. Jadi apa perlunya Islam kepada bangsa Perancis? Mereka lagi civilised.

Sebab tu bila aku mengajar pelajar UNITEN dulu aku berpesan kepada pelajar-pelajar aku yang datang lambat ke kelas, buat asignmen cincai, tiru kawan, tak serius masa belajar.

Aku tanya mereka, apa yang kamu sebagai orang Islam nak tawarkan pada orang Jepun supaya mereka akan masuk agama ni? Kamu nak kata dalam Islam ada sebut pasal ketepatan masa? Mereka (orang Jepun) lagi hebat jaga masa berbanding kita yang muslim ni.

Kamu nak kata dalam Islam ada konsep jihad (bersungguh-sungguh )? Mereka lagi dahsyat bersungguh-sungguh bila buat kerja.

Kamu nak kata dalam Islam tu ada menekankan pasal kebersihan? Mereka lagi dahsyat menjaga kebersihan. Kita tandas dekat surau pun berbau. Dekat atas karpet masjid pun penuh dengan kuku orang? Tengok sejadah dan kain pelekat dekat surau-surau awam, berterabur sekali tak di susun menunjukkan betapa cincai, selekeh dan compang campingnya umat Islam ni. Kita ni sampah plastik pun masih nak sumbat dekat pasu bunga, nak buang dekat longkang. Siapa nak dengan Islam kalau macam ni? Tak ada siapa ingin.

Kesungguhan, kerja kuat dan semua nilai-nilai baik yang di suruh dalam agama tu semua orang Islam abaikan tapi non-Muslim yang gila-gila buat. Akhirnya negara mereka jadi maju malah lebih jauh meninggalkan negara Islam ni. Sebab tu jangan hairan kenapa Israel boleh kalahkan negara Arab selama 6 hari saja masa perang Arab-Israel dulu.

Persoalan yang lebih utama?

Kenapa dan apa punca orang Islam jadi macam ni? Sudah-sudahlah sebut pasal sejarah kegemilangan tamadun Islam tu. Itu cerita dulu. Kita ni yang nak kena buat sejarah kegemilangan sendiri. Kita adalah cerita pada hari ini.

Mohd S. Faiz

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bisnes Bukan Untuk Mereka Yang Penakut

Siapa Kata Tak Boleh Jadi Jutawan Dengan Menjual Sandwich?