in ,

Vincent Van Gogh, Pelukis Agung Yang Mati Bunuh Diri

Hari ini pada 1890, Vincent Van Gogh membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Dia menembak dirinya sendiri pada 25hb Julai 1890 dan mati dua hari selepas itu.

Beliau lahir pada 30 Mac 1853 di Belanda, dan pernah bercerita tentang masalah yang dihadapinya. Dia pernah meminta sendiri untuk dimasukkan ke hospital mental selepas bertahun-tahun mengalami kemurungan, selain mengalami halusinasi keracunan makanan yang menjejaskan mental dan fizikal beliau pada tahun-tahun terkahir hidupnya.

Dalam tulisannya sendiri, beliau menggambarkan keadaan dirinya sebagai;

“Kadangkala aku dalam perasaan kesakitan fikiran dan kekeliruan yang tidak dapat digambarkan, kadangkala aku berada di dalam detik dimana sempadan antara masa dan kematian dihancurkan dalam masa yang singkat;”

Kerana tekanan dan gangguan perasaan, Van Gogh pernah memotong telinganya sendiri pada 23 Disember 1888. Ia berpunca daripada perbalahan beliau dengan seorang lagi pelukis yang juga rakannya, Paul Gaugin.

Sejak itu, Van Gogh tidak pernah betul-betul waras. namun kerana bakat dan kemahirannya, beliau masih lagi dapat menghasilkan karya-karya lukisan yang terbaik dan terkenal sepanjang tempoh terakhir hidupnya seperti Sunflowers, The Starry Night dan The Olive Trees sehinggalah beliau mengambil keputusan mengambil nyawanya sendiri.

Kemurungan dan tekanan perasaan bukan sesuatu yang hanya wujud dalam zaman moden kini. Kes bunuh diri artis dan karyawan seni terkenal bukan hanya bermula dalam abad terdekat contohnya pada Chris Cornell vokalis Audioslave pada Mei lalu dan yang terkini Chester Bennington vokalis Linkin Park.

Ia sudah bermula lama dan terkadang ia dilupakan oleh ramai di kalangan kita.

Gambar di atas ialah potret kendiri Van Gogh dengan tajuk: Self-Portrait with Bandaged Ear, dilukis pada 1889, mengambarkan keadaannya ketika beliau menerima rawatan di hospital selepas memotong telinganya sendiri tahun sebelumnya.

RIP Van Gogh.

Khairul Ashraf Muhamad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Pastikan Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah, Mereka Sudah Bijak Beradab, Pandai Menghormati

Benda Mewah Untuk Kita, Belum Tentu Mewah Untuk Orang Lain