in ,

Video Hina Tokan Dadah Menyebabkan Selebriti Ini Ditembak Mati

Gambar : http://planoinformativo.com

Juan Luis Laguna Rosales yang baru berusia 17 tahun tetapi telah menemui ajalnya apabila dia ditembak sebanyak 18 kali kerana menghina tokan dadah terkenal di Mexico.

Rosales lebih dikenali dengan nama El Pirata del Culiacan mempunyai lebih 700,000 followers di Facebook dan 300,000 lebih followers di Instagram. Jumlah followers nya meningkat apabila dia mula berkongsi gambar dan video dia minum arak, melepak dengan wanita cantik dan membuat posting meme.

Rosales dibunuh ialah apabila dia telah memuat naik satu video menghina tokan dadah terkenal di Mexico bernama El Mencho. Dalam video tersebut, Rosales seolah mencabar tokan dadah tersebut dengan mengatakan, “El Mencho, kau boleh hisap k**e aku.”

El Mencho ini merupakan tokan dadah terkenal selepas tertangkapnya tokan dadah yang terkenal sebelumnya iaitu El Chapo.

El Mencho juga sebenarnya adalah seorang bekas polis yang telah menjalani hukuman penjara selama 3 tahun kerana menjual dadah.

Pihak berkuasa menawarkan ganjaran sebanyak 5 juta USD kepada sesiapa yang berjaya menangkap El Mencho.

Dalam satu video yang lain, Rosales memberitahu dia sedang melepak di kawasan Guadalajara Metropolitan (kawasan tumpuan tokan-tokan dadah) dan mengajak followers nya untuk datang dan melepak bersama samanya. Melalui video yang di post di media sosialnya itu, lokasi Rosales dikesan oleh konco-konco El Mencho.

Susulan daripada pemberitahuan itu, Rosales telah didatangi oleh 4 orang lelaki bersenjata yang menembak Rosales sebanyak 18 kali sehingga mati. Kejadian ini juga menyebabkan seorang pelayan bar mati kerana terkena peluru sesat.

Buat masa ini, El Mencho tiada membuat kenyataan rasmi bahawa kematian Rosales adalah berpunca daripadanya. Tetapi pihak media di Mexico mengatakan kemungkinan besar El Mencho terlibat dengan insiden ini.

Jadi, kepada kita semua di luar sana yang beria-ria nak ada followers ramai tu, hati-hati bila menyampaikan kata-kata kita di dalam media sosial. Kita tak tau siapa yang baik dan siapa yang jahat yang jadi followers kita.

Jangan rasa berani sangat nak melontarkan semua rasa tak puas hati kerana dikhuatiri nyawa yang akan melayang. Bukan nak suruh takut sesama manusia, tetapi ada cara yang lebih baik untuk mati daripada mati dibunuh kerana menyakiti hati orang lain.

Tegakkan hak, tapi biarlah dengan cara yang betul.

Norizwan Azlan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Orang Cerita Pasal Murung, Kau Sibuk Dengan Iman

Belasungkawa: Melihat Cikgu Shahnon Bekerja