in ,

“Untuk Dapat Apa Yang Kamu Suka, Kau Perlu Bersabar Dengan Apa Yang Kamu Benci”

Gambar : FB Khairul Hakimin Muhammad

Ini sudah kali ke berapa ratus entah aku terpaksa menadah telinga mendengar keluhan dan rintihan guru-guru yang mengajar akademik di sekolah agama.

Mereka ini tak larat dan semakin membenci segelintir karenah ustaz dan ustazah yang tak henti-henti mengajak anak-anak supaya mementingkan pelajaran agama dan meninggalkan dunia akademik.

Ada sahaja contohnya, si Polan itu memang orang pandai, namun akhlaknya zero. Si Minah sana memang bijak, namun aurat pun tak reti nak jaga.

Habis keliru anak-anak dibuatnya.

Dan guru-guru akademik ini terpotong segala perasaan mereka apabila selalu kena perli, sering kena pesan-pesan dalam bentuk sentap dan tarbiah kejam dalam bentuk perkataan yang tak perlu.

Lebih lagi jika guru akademik tersebut adalah guru perempuan yang belum berkahwin, atau guru yang ramai anak, dan guru yang sering sakit. Lagilah bertambah zat dan hal untuk disusun menjadi bukti para akademik ini memang merepek untuk hidup di kalangan orang beragama.

Jika nak bantai personal, kita juga boleh berbuat begitu. Berapa ramai guru agama ini ikut peraturan mengajar? Memakai kasut yang sesuai apabila masuk ke dalam kelas? Jika kau nak tahu, bersepah para ustaz ini pakai selipar Jepun masa mengajar. Alasannya zuhud. Itu belum yang ustazah malas ya ampun gosok tudung. Berbau dan menjual ubat kuat dalam sekolah.

Belum lagi yang jenis kuat tidur, datang lewat, merokok dan kaki marah tak tentu fasal. Semua boleh sahaja dibuktikan. Namun, aku pesan kepada adik-adik cun tersebut supaya bersabar dan lawan dengan tenang.

Fokus kepada anak murid. Jika mereka ini sebar dakyah yang akademik tak penting, maka kalianlah perlu berjuang untuk twist balik perkara tersebut.

Ada ramai jurutera yang hebat. Namun hafal Quran. Juga doktor, guru serta para pemimpin. Pakat ramai tak tahu apabila kerajaan bina Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Bharu.

Di sana, bersepah keluarannya yang sambung pengajian dalam bidang bukan agama. Namun masih hafiz dan hafizah. Dan mereka ini siap ada yang jadi pilot tentera, doktor pakar serta arkitek yang bertanggungjawab dalam membina bangunan besar dalam negara.

Aku ulang lagi kali ini, orang akan jadi jahat apabila dia mula rasa dia baik. Dan buat para guru akademik yang terus menerus kena bersabar di sekolah agama, ketahuilah

“Untuk dapat apa yang kamu suka, kau perlu bersabar dengan apa yang kamu benci” – Imam Ghazali.

Dan untuk itu, tak perlu putus asa untuk ujian kecil ini. Teruskan perjuangan mendidik anak bangsa!

Khairul Hakimin Muhammad,
Banyaknya dosa kita!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lelaki Ini Kongsi Tips Travel 3 Hari Ke Jakarta Dengan Hanya RM70

Cara Anda Tentukan Tahun Lompat Tu Salah!