in ,

Unik Betul Cuti Umum Di Malaysia

Gambar: BERNAMA

Jumlah cuti kelepasan umum 2017 sebanyak 13 hari. Jumlah cuti kepada pekerja baru swasta bermula daripada 14 hari dan meningkat kepada 18 hari dan 21 hari berdasarkan gred dan jumlah tahun berkhidmat di sesebuah syarikat swasta. Manakala pekerja kerajaan pula memperolehi 20 hingga 25 hari cuti tahunan mengikut gred seperti kemaskini 2016.

Bulan September direkodkan antara cuti paling banyak iaitu 5 hari.

Mengambil peluang cuti sekolah bersambung cuti kemerdekaan dan raya haji seminggu suntuk.

Menunggu pula 9 September Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, 16 September Hari Malaysia dan Awal Muharram pada 22 September.

Cuti umum yang rapat antaranya memberi peluang kepada semua untuk berehat panjang, merancang kenduri kahwin dan sebagainya.

Tidak hairanlah tarikh ulangtahun perkahwinan rakyat Malaysia seakan sama saja. Musim kahwin. Ibarat pembiakan di musim bunga, hasilnya di musim panas dan mengumpul bekal di musim luruh untuk survival di musim sejuk.

Bukanlah satu kebetulan dalam sehari itu penuh dengan ucapan selamat ulangtahun buat ramai rakan-rakan yang dirakamkan di media sosial.

Inilah antara keunikan cuti kelepasan umum yang terdapat di Malaysia sebagai penghormatan dan perpaduan pelbagai kaum hidup sebagai rumpun bangsa Malaysia.

Namun, umpama mimpi ngeri buat majikan yang ada urgency mengejar masa. Sebagai contoh syarikat pembinaan yang sedang dalam kesempitan waktu menyiapkan sesuatu projek mengikut jadual yang semakin mendekat.

Di sinilah pentingnya toleransi antara pekerja berlainan kaum untuk mengisi ruang-ruang cuti supaya operasi tidak tergendala sepenuhnya. Namun tidak akan sama result yang diperolehi waktu ini berbanding hari biasa.

Sedar atau tidak, inilah budaya perayaan kita turun temurun, bersesak di jalan raya sama-sama, beli baju baru sama-sama, servis kereta sama-sama, sakit pun sama-sama terlebih makan sup gearbox di musim raya dan kenduri kendara.

Berbeza di UK, purata 32 hari cuti tahunan diberikan kepada pekerja. Cuti kelepasan umum sekitar 8 hari termasuk cuti wajib ambil pada perayaan Krismas, boxing day dan disambung hingga tahun baru.

Jumlah 8 hari itu termasuk 4 hari Bank Holiday disambut sempena Easter Monday, May Day, Spring Bank Holiday dan Late Summer Bank Holiday, keistimewaan cuti kepada kakitangan perbankan sahaja.

Jadi, semua pekerja selain kakitangan bank perlu merancang baki cuti tahunan sebanyak 28 hari tidak termasuk hari minggu itu ke dalam kalendar organisasi supaya tiada pertindihan cuti sesama mereka.

Maka tidak hairanlah kita lihat ramai mat saleh sekali bercuti panjang di musim panas untuk menikmati kehangatan yang sebentar di negara mereka. Lari dari musim sejuk gedi ke negara panas tiada bermusim seperti negara kita. Macam tak ada kerja sahaja kita lihat mereka.

Kesimpulannya, majikan di UK tiada permasalahan produksi akibat cuti umum yang banyak sepanjang tahun seperti negara kita.

Iman Hasbullah 
Pengalaman cetek bekas tukang cuci bandar lama Edinbrah.

Merdeka!!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Hari Isnin Kita Cuti!

Video 3 Minit Ini Menceritakan Bagaimana Kiswah Kaabah Ditukar Ganti