in

Umur 34 Tahun Jadi Pengerusi FELDA? Biar Betul!?

“Pertama kali saya jumpa Tun Razak, saya beritahu beliau untuk hentikan amalan pemberian gelaran Dato’ sebab dah terlalu ramai yang dapat.

Kalau saya baling batu ke khalayak ramai, kemungkinan besar yang kena batu tersebut adalah seorang Dato’.

Kalau melantun batu itu pun akan kena kepada seorang Dato’ juga.

Beberapa bulan kemudian, saya dikurniakan anugerah Dato’ dari Sultan Johor.

Tun Razak berkata pada saya “Musa, you doalah supaya tak ada orang baling batu.”

😂

Antara perkongsian “frankly speaking” bersama Tun Musa Hitam di pejabat beliau.

Dari sini, boleh nampak terus HQ Felda- organisasi yang bukan sahaja beliau jadi Pengerusi yang pertama, tetapi nama Felda itu sendiri dicadangkannya.

Umur Tun Musa dah 82 tahun tapi beliau masih memandu sendiri. Bila ditanya kenapa tak ada pemandu, jawab beliau “what’s the point of having power without control?”

Halus dan mendalam betul.

Apapun, aku cukup kagum dengan ahli politik zaman Tun Razak yang awet muda seperti Tun M, Tun Musa.

Mereka semua ini makan apalah agaknya.

Silap aku tak tanya rahsia mereka bila berpeluang jumpa.

Tapi aku yakin, ‘kekal aktif’ walaupun selepas bersara adalah salah satu rahsia awet muda.

Ha, kalian yang sikit-sikit nak rehat dan suka cuti tu baik terus bekerja kalau nak hidup lama. 🙊

 

MatRodi

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

“Yang Suka Kecam, Pasti Ke Perkara Macam Ini Tak Terjadi Pada Kau?”

Bila Hater Proton Puji Proton Saga Baru