in ,

Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negeri Jepun (Tanpa JPA)

14479734_1385911124771495_5443530146385034569_n

Mutakhir ini, sebilangan pelajar Malaysia di Mesir yang terkandas untuk menyambung pelajaran gara-gara tidak mendapat bantuan biasiswa. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dapat sambung belajar ke Jepun tanpa temuduga atau bantuan kerajaan (JPA atau MARA).

Keinginan sambung belajar ke oversea amat tinggi dan saya sangat alert tentang hal-hal biasisiwa tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pengalaman saya dapat sambung master di Jepun dalam bidang International Relations (IR) di International University of Japan (IUJ) dan mendapat bantuan pembiayaan belajar dari luar (bukan kerajaan Malaysia) adalah satu rezeki yang tidak di sangka-sangka. Tambahan pengalaman bekerja selama 3 tahun akhirnya berbaloi. Mungkin saya boleh berkongsi tips dan pengalaman bagaimana sambung belajar ke luar negara dan bantuan scholarship TANPA INTERVIEW.

1-PILIH UNIVERSITI ATAU PILIH NEGARA.
Pengalaman saya, dari tahun 2012 lagi dah cek beberapa universiti yang menawarkan jurusan yang berkait rapat dengan degree saya. Oleh sebab saya terlalu minat dan kagum pada Jepun, jadi saya shortlistkan universiti yang offer IR atau Sains Politik di Jepun dan memberi keutamaan pembelajaran dalam English. Saya zero Bahasa Jepun, langsung tak tahu satu apa.

2- CONTACT PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI (guna emel).
Ini penting sebab nak tahu situasi universiti tu macam mana. Jangan risau atau malu, pihak admin universiti pasti membalas setiap emel yang dikirim. Sebelum tu, tengok website universiti tu offer course dan subject apa. Masa saya dulu, macam-macam lah saya tanya contohnya keadaan dan environment, ada tak makanan halal, ada tak orang Malaysia kat universiti (note: I’m the only Malaysian at my university) Macam mana enrollment proses, apa scholarship yang ditawarkan etc. tanyalah hal-hal berkaitan dan tunjukkan minat anda.

3- ALERT DAN SEARCH SCHOLARSHIP DARI GOVERNMENT LUAR ATAU PRIVATE ORGANIZATION.
Disebabkan saya nak ke Jepun, jadi saya intai website kedutaan Japan di Malaysia. Sebelum ni, ada cuba beberapa scholarship seperti MONBUKAGAKUSHO atau MEXT (boleh rujuk http://www.my.embjapan.go.jp/English/JIS/study.htm) tapi tak berjaya. Mungkin bukan rezeki untuk saya. Dua kali saya mencuba, 2013 dan 2014. Kali pertama dapat pergi exam tapi tak lepas. Kali kedua hantar application form tak lepas. Rasa hampa sangat dan masa tu memang give up. Tapi saya memang sukakan cabaran dan sabar itu penting.

4- YAKIN PADA DIRI DAN JANGAN PANDANG BELAKANG.
Yakin dan semangat tu penting. Doa jangan lupa. Setelah 2 kali gagal ujian MEXT dan 2015 saya tekad untuk ambil IELTS sebab itu salah satu criteria ke IUJ. Dan akhirnya saya dapat band yang agak cemerlang (sesuai nak pergi Jepun) dan penuhi syarat dan criteria universiti. Tengok website universiti, apply online, alert bila deadline dan sebagainya. Disebabkan saya tidak ada rujukan untuk bertanya senpai (senior) dari Malaysia, maka saya teruskan niat murni saya.

5- TELITI BILA APPLY ONLINE DAN SUBMIT APPLICATION.
Apabila kita apply online ni agak rumit dan leceh. Macam-macam universiti saya request dan saya harus teliti sebab sesetengah borang kena hantar melalui kurier. Pastikan segala kewangan anda mencukupi daripada exam IELTS sampailah hal-hal berkaitan dengan urusan penghantaran borang dan reference letter daripada pensyarah yang agak complicated. Saya ingatkan pada diri saya yang orang Jepun sangat-sangat teliti dan pastikan setiap borang disemak. Masa ni masih bekerja lagi. Jadi, semua mesti cepat, teliti dan on time. Semuanya diurus sendiri. Keluarga saya, mak abah, abang kakak tak ada siapa pun tahu impian saya. Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan parents. Tapi masa nak mintak slip gaji tu akhirnya terkantoi juga. Tapi dah halfway. Jalan terus!

6- CONFIRMATION DAN RECOMMENDATION DARI PIHAK UNIVERSITI.
Selepas dah settle semua masalah, pihak universiti bagi list scholarship yang tak pernah dengar seperti AEON (mall yang korang pergi tiap-tiap minggu tu), Mitsubishi, ADB, IMF, World Bank etc. Dengan jayanya saya mendapat cadangan daripada pihak universiti untuk tajaan biasiswa dari ADB (Asian Development Bank). Saya tak pernah dengar pun scholarship ni. Tapi antara kriterianya, negara anda dalam list developing countries, pengalaman kerja lebih kurang 2-3 tahun, umur kurang 35 tahun dan lain-lain. Bagi saya, sesiapa yang nak sambung master di luar, pengalaman berkerja amatlah penting sebab keyakinan mereka, cara kita berfikir, survival skills dan tak kisah sama ada kerja swasta atau kerajaan tapi harus konsisten.

7- USAHA, DOA DAN TAWAKAL.
Part ni semua orang paham macam mana penantian tu memang satu penyeksaan. Bayangkan dari 2012 saya cari universiti. Tahun 2013 dan 2014 tak lepas exam untuk dapatkan biasiswa. Maklum dengan situasi JPA, MARA dan isu-isu kerajaan nak hentikan penghantaran student ke overseas. Memang saya tak semak JPA dan MARA sebab tunggu punya tunggu tak keluar apa-apa announcement pula. Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan biasiswa dengan syarat rajin check online. Penantian beberapa bulan dari application, sampailah ke recommendation. Akhirnya dapat surat ADB hendak menaja saya tanpa interview dan bonding daripada mereka (cuma habis belajar pulang ke Malaysia). Alhamdulillah. Rezeki masing-masing, dan ini rezeki saya. Tak putus berdoa dan kepada Allah saya berserah. Time ni parents dan adik beradik baru tahu dengan jelas misi dan visi saya. Jangan berputus asa.

Akhirnya, pada tanggal September 20, 2015 saya berlepas dari KLIA dengan perbelanjaan duit simpanan sendiri dari A sampai Z. Saya selamat tiba di Narita Airport esoknya (duit tiket diberi setelah tiba di universiti). Pada masa tu tak ada pun kawan-kawan Malaysia yang tunggu di airport sebab tak kenal. Maka, saya pun berjanji dengan kawan dari India yang sama-sama hendak pergi universiti dan masing-masing tak tahu Bahasa Jepun. Berbekalkan perkataan arogatou gozaimasu (terima kasih) dan sumimasen (excuse me, i’m sorry) kami selamat sampai ke universiti dengan shinkansen (bullet train). Apa pun doa, semangat jangan berputus asa adalah sangat penting. Terima kasih pada mereka yang membantu saya secara langsung atau tidak (you know who you are). Sekarang ni saya berada di Korea untuk program pertukaran pelajar di Seoul National University (SNU).

Selamat Berjaya!

Assalamualaikum.
UHZ@SNU 1:57am
“できるとしんじています: aku percaya aku bisa”

Ummi Hasanah Zaidon

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Kenapa Kau Kena Pergi Daftar Mengundi

Ada Bakat Tapi Tidak Tahu Cara Nak Kembangkannya?