in ,

Tudung Kepala Tak Wajib?

1. Ok, saya nak respond sikit tentang isu Maryam Lee yang telah mengisytiharkan untuk membuka tudung kerana mendakwa dipaksa untuk memakainya sejak kecil. Tahun lepas kita pernah digemparkan dengan artikel Mariam Mokhtar yang mempertikaikan syariat pemakaian tudung dengan mengatakan ia hanya budaya masyarakat arab yang menyerap masuk ke budaya kita.

2. Isu ini sebenarnya dah banyak kali kita dengar daripada tokoh-tokoh feminist Muslim seperti Huda Sha’rawi, Riffat Hassan, Amina Wadud, Nawal El Saadawi, Fatimah Aliye dan Fatimah Mernissi. So, saya tak berapa nak pelik kalau feminist Muslim kat Malaysia cuba nak mengitar-semula isu ini.

3. Namun jika kita melihat kepada tokoh-tokoh feminist otai macam Simone De Beauvoir, Betty Freidan, Germaine Greer atau Gloria Steinem, depa ni berjuang menggerakkan emansipasi wanita untuk membebaskan diri daripada cengkaman kezaliman yang berlaku di Institusi Gereja Katolik Rom.

4. Persoalannya, mengapa tokoh feminist Muslim pun nak tiru sama menentang syariat semata-mata memenuhi kehendak kebebasan mutlak mereka?

5. Apa yang agama Islam telah buat sehingga menzalimi mereka?

6. Namun anehnya, ada pulak ulamak-ulamak yang memberikan sokongan kepada gerakan feminist Muslim ni seperti Ibn Ashur, Ghammal Al-Banna, Dr. Ibrahim B. Syed, Muhammad Quraish Shihab dan Astora Jabat. Ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada golongan feminist ni.

7. Tapi saya agak pelik dengan the so-called feminist kat Malaysia ni, asal tak nak pakai tudung je petik nama Quraish Shihab, sedangkan banyak lagi pandangan ulamak-ulamak lain yang lebih muktabar dan rajih untuk mereka rujuk.

8. Mengapa kita nak mengambil pandangan yang terpencil untuk isu yang besar? Adakah ianya hanya semata-mata untuk berbeza pandangan untuk menghalalkan perilaku mereka tak mahu pakai tudung?

9. Pada saya, tudung untuk menutup aurat bukan budaya yang mewakili mana-mana masyarakat tetapi ia adalah syariat yang telah ditetapkan melalui nas qat ‘i yang tidak perlu dipertikai.

10. Saya pun naik pelik kenapa golongan feminist ni bersungguh betul nak kata nenek moyang kita dulu-dulu pakai selendang je. Kalau di Indonesia mereka berpegang pada satu gambar isteri Almarhum Buya Hamka yang hanya memakai selendang untuk memperkuat hujah mereka. Walhal, kita dihidang dengan banyak je gambar gadis polos tok nenek kita bertudung litup.

11. Ya, saya akui kita kat Malaysia sekarang ni memang tengah mengalami krisis yang saya panggil ‘Yiffes Tudung’. Yiffes ni adalah singkatan bagi ‘young individualistic freedom-minded view’.

12. Apakebende ‘Yiffes Tudung’ ni sebenarnya? Ia adalah penyakit sosial yang disandarkan kepada ideologi materialisme/kapitalisme sebagai pola hidup. Dapat tak ko bayangkan, orang sanggup beratur 2 hari semata-mata nak dapatkan tudung ekslusif. Atau, ada yang sanggup membayar RM10k untuk 1 tudung eksklusif. Hakikatnya, Muslim kini sanggup mengetepikan syariat semata-mata membeli tudung yang tak patuh syariat. Neraka apakah ini?

13. Dan, kat Malaysia ni sebenarnya kita sedang duduk dalam suasana agama jadi bahan dagangan jual beli. Industri tudung kita contohnya dah jadi mainstream dan berteras kapitalisme. Kita tengok berebut-rebut artis-artis kita nak jual tudung padahal realitinya mereka tidak bertudung.

14. Punyalah banyak isu tentang women right kat Malaysia ni contohnya berapa ramai wanita yang termengandung sehingga wujudnya kontroversi ‘baby hatch’ ataupun kisah-kisah tentang 627 bayi dibuang di Malaysia sejak 1995. Atau banyak lagi seputar isu wanita yang boleh diangkat untuk diperjuangkan.

15. Sepatutnya golongan feminist Muslim pergilah serang isu-isu ini berbanding nak mempertikaikan pensyariatan tudung.

16. Kalau Emma Goldman dengar feminist kat Malaysia just main isu-isu rinting atau sekadar nak jadi attention seekers, pasti dia tersenyum sinis.

17. Apa-apapun saya mendoakan yang terbaik untuk seluruh umat manusia sempena Ramadhan ini, khususnya kepada Maryam Lee. Semoga natijahnya yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Amin Ya Rabb.

Muhammad Yusof

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 75.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 25.000000%

Leave a Reply

Solidariti Untuk Rumah Flat PPRT

Orang Gastrik Masih Boleh Puasa-Lah!