in

Travel Semurah RM200? Jangan Kau Nak Jadi Pembongak!

Seminggu aku berjalan dalam Malaysia iaitu di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, duit aku habis dekat RM450.

Padahal tak duduk hotel pun. Duduk kat rumah member dan rumah sedara. Kereta pun pakai diorang punya. Hanya cover minyak sahaja. Tuhan sahajalah yang tahu jumlahnya kalau aku sewa hotel dan kereta.

Jadi, bila aku tengok ada orang pi travel Korea seminggu pakai RM800, Australia seminggu pakai RM500, Maldives seminggu RM700, dan apa kejadah lagi tempat yang diorang travel,

Aku rasa macam merapu dan menipu juga sebenarnya.

Takkan sewa hotel kat Korea RM30 sehari? Duit tiket pun takkan lari RM600 pergi balik kan? Duit makan lagi? Takkan pi makan rumput kat Korea nu? Aku sewa bilik kecik macam keranda masa pergi Korea haritu pun dah cecah RM200 sehari. Makan minum dia sekali makan RM10 tak lari punyalah.

Aku berjalan dalam negara bai. Kerja aku makan makan makan. Bayar tiket bas, bayar duit minyak kereta, tol itu ini, semuanya hampir mencecah RM500. Takkan travel luar negara jauh-jauh tapi expenses dia RM500 jugak?

Jadi, bagi aku, kau boleh baca apa yang backpacker ni tulis artikel tentang cara nak travel dengan murah. Tapi janganlah lurus bendul percaya seratus peratus dengan apa yang diorang tulis.

Kau perlu tanam dalam otak kau, travel ke luar negara tak pernah murah. Aku ulang sekali lagi, tak pernah murah dan takkan murah!

Jadi, kalau kau nampak orang travel dengan bajet ciput tu, ada something wrong lah kat situ. Kalau kau betul-betul nak sangat travel murah, bersedialah untuk terima serba serbi kekurangan di sana nanti.

Pengajaran yang aku dapat daripada travel selama seminggu ni adalah, kau kena betul-betul siapkan duit yang banyak. Serius. Duit yang banyak kalau kau betul-betul nak rasai kenikmatan berjalan.

Tak usah sibuk benor tengok orang travel pakai duit sikit. Diorang ni kebanyakannya pergi sana berjalan semata-mata , takde keluar duit nak makan minum (pergi jauh-jauh, tapi makan sardin bawak dari rumah bukanlah semangat berjalan yang bagus sebenarnya), takde beli barang dari sana, tempat menarik yang berbayar pun tak pergi,

Dan lastnya, murah yang kau nak, keseronokan yang kau dapat pun taraf-taraf murah je. Orang lain happy-happy pergi tempat sana sini kat negara yang kau pergi, tapi sebab nak jimat sangat, kau tatap je la gambar diorang pergi sambil hirup Maggi yang kau bawak dari rumah.

Semuanya disebabkan kau terlalu berkira dan nak semua benda murah. Geram je aku.

Aku akan travel ke Turki bulan depan. Aku nak try lah travel ke Turki bawak RM200 je dalam poket.

Lepas tu aku siarkan artikel, macam mana aku boleh hidup dengan berbekalkan RM200 kat Turki.

Itu pun kalau aku hidup lagi.

 

Mufarwa Farid

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

8 Comments

Leave a Reply
  1. Boleh aje, benda ni logik. kat negara orang tak semestinya tmpat menarik tu berbayar. tempat diorg juga ade tmpt tido yg murah, bilik semurah rm15 satu malam, sekali dengan free wifi, laju tau wifi dia, heater, washing machine. lengkap alatan harian dengan harga rm15. tmpt makan pun ade aje yg murah tapi sedap macam hotel atau restoran nye taraf.

    sesiapa yg dah rasai semua tu je tahu bnda ni betul atau tidak.

  2. Saya setuju. Tiket kapal terbang sahaja dah berapa. Kalau nak travel murah utk semata nak tunjuk dah sampai dan makan megi semata tu terpulanglah tapi jgn lah nak declare sgt dgn bangganya. Org lain tak semestinya kayaraya tapi save lah sebaik dan sebanyak mungkin seblm pergi tu and then when you are there experience the place, the people properly. Jgn kecoh nak pergi byk tempat hanya utk tunjuk je.

  3. Aku pernah follow konsep backpackers…nak share experience.

    1. Tido kat epot sebab amik transit lama- transit lama tiket murah (end up esoknya badan letih sebab tidor tak selesa)

    2. makan roti or maggi je …kalau makan kebab pun samada sekali sehari then share (walaupun mcm2 makanan sedap dan halal sepanjang travel…tengok saja la telan air liur..nak ajak kena sound “dtg nak berjalan or nak makan”….padahal inilah masa nak rasa makanan luar

    3. Accomodation jauh dari public hub then share ramai2 termasuk dgn strangers…sebab nak murah…lepas tu jalan kaki utk ke attraction

    4. Menapak lebih kurang 25 km/day dari pagi sampai malam..utk lawat attraction (menapak means jalan kaki-letih siottt–dah la makan roti)…walaupun most city day pass yg boleh naik segala macam public transport dlm tempoh 24 jam dgn harga rm30-50/day…amik pass lagi lama lagi murah…takpa manapak tak keluar duit

    5. Pakai maps kertas…amik kat epot, byk kali sesat time menapak, sebab tak nak beli simkad yg offer data je yg mostly bawah rm100 ….utk 50gb ….kalau beli mmg settle semua sebab pakai google maps je… pakai maps kertas time mgmt mmg hancur sebab tak boleh estimate time…

    6. Travel insurance….ntah2 tak tahu ada ke tak..

    Then Balik Mesia sembang kata trip murah, berbaloi, hebat…

    Memang ler murah …dah cut semua benda, rasa mcm kita ni bangla kat tempat orang pulak, balik kurus kering…setakat drop 10kg tu main2 la…

    Moral of the story…tak de la aku nak ikut konsep ni lagi….kalau rasa nak travel jugak, kumpul duit betul2 then execute….biar selesa time travel, less stress, then enjoy… takpayah sembang murah la kalau travel….mana ada travel murah2

  4. Yg murah ke yg mahal & yg tukang kondem macam penulis ni semua sama je… nk show off diaorg punya trip. Ada org puas dgn travel gaya backpackers, ada yg suka gaya org kaya….

  5. Logic je 800seminggu kat korea…

    Flight 350return( pling murah pernah dengar..
    Hostel 8k won dalam 30rm x6=180
    Transport sehari 5k won x7= 35k= 110
    Makan bawak dari malaysia…minum air paip je… bersih…
    Enterence fee nami ngan palace je baru 11k won = 40rm

    Baru 680 total…. lebih2 tu wat jajan ngan makan2 sket….

    Bila org x biasa travel backpacking mmg akn cakap mustahil…

Leave a Reply

Buat Minyak Masak Sendiri Kalau Mahal

Kisah Seorang Tua Penjual Kasut Di Buenos Aires Yang Namanya Diabadikan Pada Kasut Adidas