in ,

Travel Bajet Apa Kalau Tidur Dalam Hotel?

Gambar : FB Syahril A. Kadir 

Bulan Disember dah dekat. Inilah masanya ramai orang kita nak menghabiskan cuti tahun mereka dengan melancong ke sana sini.

Tapi pengalaman aku yang tak seberapa ini, ramai di antara kita bukan main lagi dok cerita nak save bajet bila pergi melancong tetapi bila aku tengok depa upload gambor kat Insta, kat FB, actually takdelah bajet mana pun. Sebenarnya still boleh jimat lagi kalau nak diikutkan.

Tiga benda paling asas yang membuatkan percutian kita jadi mahal adalah flight, hotel dan pengangkutan darat.

Aku taknak ulas bab flight, rata-rata ramai dah pandai booking awal, booking promosi Air Asia, booking masa Matta Fair etc. Begitu juga kat darat, ramai yang dah tahu beli pas perjalanan, dah survey public transport dan segalanya.

Tetapi aku tengok orang kita macam mana bajet pun, mereka still nak duduk kat hotel, kena korbankan bajet sikit pun tak pe janji hotel. Kalau dah nama backpack, kalau dah nama nak percutian bajet, apa kejadahnya nak buang duit duduk di hotel bang?

Meh sini aku nak share pengalaman dan tips sikit. Aku takdelah banyak sangat pengalaman tetapi mungkin ada yang boleh dikongsi bersama. Aku pernah tinggal di hostel kat Melbourne (Australia), Saigon (Vietnam) dan Johanesburg (Afrika Selatan), so ini antara tips yang aku nak bagitahu.

1) Tak semestinya bilik bercampur laki dan perempuan. Banyak hostel ada bilik untuk perempuan saja. Cuma masa kat Melbourne aku terpaksa campur bilik tidur laki dan perempuan sebab tak sempat booking. Kau juga boleh pilih hostel 4 atau 6 orang sebilik…sampai 20 orang sebilik pun ada.

2) Hampir kesemua hostel ni guna katil double decker, so cepat-cepat rebut katil bawah. Di Saigon aku dapat katil atas. Kau bayangkan betapa seksanya tubuhku yang montel ni kena naik turun katil, paling cuak mamat Mat Saleh kat bawah aku, serius muka dia stress tiap kali aku tidur atas katil aku, takut runtuhlah tu, huh!

 

3) Bawa le sabun dan tuala sendiri…kat hostel depa tak sediakan. Dan yang pompuan jangan ingat ada hairdryer ye? Kat sinilah untung kalau yang pompuan tu dapat duduk kat bilik FEMALE ONLY, pasti dalam ramai-ramai tu ada yang bawa peralatan keperluan sejenis mereka…paling tidak kalau takde pad, pasti ada yang boleh ‘sedekah’.

4) Pastikan bawa ‘earplug’. Ko bayangkan kalau bilik kau ada enam pelancong yang bunyi dengkuran masing-masing ngalahkan letupan gunung berapi Kilimajaroo, tak ke haru? Ada juga yang tak reti bahasa bersembang dengan kengkawan dia orang sampai ke subuh, kalau guna bahasa Melayu atau omputih boleh gak kau curi-curi dengar tapi kalau depa guna bahasa Swahili macam aku kena kat Afrika tu, mau meleleh taik telinga kau. The only word yang aku faham – HAKUNA MATATA! Ada juga yang bantai projek ‘buat anak’ dengan girlfren diaorang macam aku kena kat Melbourne, kau rasa sanggup ke nak dengar rengekan-rengekan manja depa tu?

5) Pastikan beli mangga kecil sendiri kerana kebanyakan hostel ada almari kecil atau ruang bertutup bawah katil, so bolehlah kau sumbat barang berharga seperti passport dan wallet di dalamnya serta menguncikannya dengan mangga berkenaan.

6) Tandas memang berkongsi, macam asrama sekolah kau tetapi jangan risau, hampir kesemua hostel mengasingkan toilet lelaki dan wanita so pada yang kaki skodeng tu jangan duk simpan cita-cita tinggilah nak ngendap minah Saleh ni semua mandi ye.

7) Paling pantang tinggal kat hostel ni, jangan sesekali kau hidupkan lampu bila malam. Waktu tidur kita berbeza. Ada yang tidur awal, ada yang kelawar macam aku. So kalau nak tinggal kat hostel, belilah lampu picit saiz kecil awal-awal lagi. Bila masuk bilik, buka pintu perlahan-lahan dan gunalah lampu picit tu nak cari spender ke, nak salin baju, nak update Insta ke etc.

Nak solat pun takde masalah. Ada je ruang untuk korang berbuat demikian. Rata-rata mat saleh ni ok je, janji jangan kau jangan bantai bersembang bab jihad ke, bab Daesh ke apa ke, bab IS ke. Mau lari tengah malam diaorang atau silap-silap beratur patrol car nak tangkap kau kat lobi.

8) Ini paling best, Kat sini kau akan tau yang teori perempuan lebih pembersih dari lelaki ni sebenarnya auta dari fakta. Pengalaman aku di Saigon dan Melbourne, yang lelaki lagi proper dan pembersih dik non, elok je depa lipat baju, kemas katil etc tetapi yang perempuan, adoi, hancur! Di Melbourne, rakan sebilik aku dari Bulgaria ke apa tah, katil dia bersepah macam baru lepas ribut Katrina beb! Bra dan panties bergantungan, bertebaran. Mungkin sebab ‘aksesori’ perempuan kan lagi banyak dari lelaki. Yang pasti, aku siap tersepak singlet depa masa nak keluar bilik!

9) Last sekali belajarlah bersembang. Jangan risau grammar English ko yang berterabur tu, depa ni pun semua bukan reti sangat speaking. Yang penting hati yang berkata, bukan mulut yang berbicara chewah!

So memanglah tak selesa duduk di hostel ni tetapi apa yang nak risau sangat, kau nak tidur ngan mandi je kot. Kau pasti akan setuju dengan aku kalau ko betul-betul nak backpack macam kau warwarkan kat FB tu. Buat apa tidur di katil empuk sedangkan kat poket tinggal habuk. Lebih baik tinggal di tilam nipis tetapi duit dalam poket berkepuk-kepuk. Alangkah indahnya hanya bayar RM60 semalam di Melbourne berbanding RM400 ++ sehari di hotel kat sana, nampak tak?

Ala bakal mak mertua kau pun bukan tanya kau stay kat mana, yang dia tahu bakal menantu dia selalu gi oversea, tu je pun dah lebih dari cukup Yop.

Syahril A. Kadir 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Empat

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Lima