in ,

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Gambar: Berita Harian

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Keramat, Kuala Lumpur terbakar kira-kira jam 5 pagi tadi sehingga mengorbankan lebih 20 tenaga pengajar dan pelajar pusat berkenaan.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang meninggal dunia agar roh mereka sentiasa dalam rahmat Allah. Kita juga doakan mereka yang cedera sembuh segera.

Tragedi kebakaran di pusat tahfiz dan sekolah pondok sering berlaku, malah berdasarkan kepada statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 30 kes kebakaran melibatkan pusat tahfiz dan sekolah pondok berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini.

Benar, hal berkaitan ajal tidak boleh dielakkan dan telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa, namun soal menjaga nyawa, keselamatan dan harta benda turut dipentingkan dalam Islam.

Tragedi sedih yang berlaku pada pagi ini tiada sesiapa yang menjangkakan dan untuk itu langkah lebih besar perlu diambil bagi memastikan nyawa, keselamatan dan harta benda di pusat tahfiz serta sekolah pondok sentiasa terpelihara.

Kepada sesiapa yang memiliki kemampuan marilah kita sama-sama menyumbangkan peralatan mencegah kebakaran termasuk alat pemadam api, hos dan saluran air kecemasan kepada pusat tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negara. Pihak Bomba Malaysia sudah tentu berbesar hati untuk membantu.

Latihan cegah kebakaran dan pengungsian bangunan di waktu kecemasan juga harus dijadikan amalan secara berkala bagi mewujudkan suasana lebih responsif terhada situasi cemas di pusat dan sekolah ini.

Ini antara hal kecil yang kita boleh lakukan untuk memastikan setiap pusat tahfiz dan sekolah pondok sentiasa selamat untuk diduduki supaya setiap pelajar dapat melalui pengalaman pembelajaran yang baik serta selesa.

Takziah untuk semua keluarga mangsa dan sesungguhnya seluruh negara amat bersedih dengan apa yang terjadi.

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

5 Benda Kau Tak Patut Buat Selepas Makan

Mengimbau Tragedi 27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya