in ,

Tips Nak Bagi Kau Kurus

Alamak, lupalah!

Semalam cerita pasal kenapa ada orang beratnya tak turun tapi dia kata; “Baju saya habis longgar dah!”

Dulu masa saya mula-mula jadi dietitian ada juga ‘kebodohan’ dalam hal ni. Betul, hanya nak perubahan berat saja. Itulah, pensyarah mengajar tak dengar betul-betul.

Dah lama sikit kerja, diperkenalkan dengan beberapa gajet untuk timbangan berat badan, banyak selongkar lagi tentang hal berat badan barulah rasa cerdik sikit.

Berat kita dipengaruhi oleh,

1. Berat lemak
2. Berat otot
3. Berat air

Berat tulang tak kira ye, kalau dah banyak tayar berlapis tu memang sah bukan berat tulang.

Secara teorinya kita perlu bakar 7700kCal untuk menghilangkan 1kg lemak. Pembakaran ini boleh berlaku jika terdapat deficit, iaitu julat perbezaan antara keperluan sehari (DCR) dan pengambilan makanan (DCI) sehari.

Jika defisit kita adalah 500kCal sehari, kita akan berjaya turunkan 1kg lemak itu dalam masa 15 hari.

Okay. Dalam masa yang sama kita pun work out. Semasa work out, otot-otot kita bekerja keras maka yang dulu lembik benyek menjadi pejal. Kita bina otot-otot yang lebih sihat.

Makanya turun 1kg lemak, naik 1kg otot. Disebabkan saiz lemak dan otot adalah berbeza seperti gambar walaupun timbangannya sama maka ada orang akan alami berat badan yang sama tetapi baju habis longgar semua.

Tup-tup pula sebelum hari penimbangan kita makan pula bihun sup utara. Kalau sayalah, sup kena masin sikit baru kaw! Haaaa.. makanlah garam lebih.

Disebabkan garam berlebihan, air pun ditarik masuk lebih banyak dalam sel badan. Ingat tak dulu kita belajar tentang osmosis?

Haaaa..senang cerita dia, kalau makan banyak garam berat boleh naik sampai 2-3kg tapi berat air semata-mata. Yang ni kita boleh kesan dengan guna Body Fat Analyser.

Tapi saya tak makan garam banyak pun!

Secara purata manusia makan sehingga 1.5 sudu teh garam sehari. Itu purata, maknanya ada yang ambil lebih. Kebanyakkan daripada makanan terproses, sos dan kicap. Jangan tak tau dalam rempah ratus yang terproses pun ada yang dah siap bergaram. Itu belum kira Pak Aji Naik Motor lagi.

Had maksimum garam yang dicadangkan pula adalah 1 sudu teh sahaja sehari.

Ha. Kita pun dah gedebuk gedabak buat macam-macam sekali timbang tak turun terus kecewa makan hati #nangisdibucukatil.

Dah takut pula, takmau minum air.

Bukan.

Minum air dengan banyak dan kurangkan garam.

Lagi nak buat apa?

1. Makan banyak sumber magnesium. Ni antara mineral penting dalam lebih 300 tindak balas dalam badan tapi sering dikesampingkan. Makanan tinggi magnesium ialah kekacang, makanan whole grains, dark chocolate, dan sayuran hijau.

Hampa pun blink blink duk tengok dark chocolate tu kan? Dah, jangan nak ngengade babap kang.

2. Makan sumber vitamin B6. Contohnya; pisang, kentang, walnut dan daging.

3. Makan makanan tinggi potasium. Ini sangat baik dalam mengawal tekanan darah individu. Pisang, avocado, tomato adalah antara contoh makanan tinggi potasium. Selain itu sayuran hijau, buah-buahan, air kelapa, kentang, ubi-ubian, dan kekacang pun sama.

Semua ni kalau ikutkan, kalau kita makan dengan seimbang memang duk ada dah dalam menu harian kita. Kemudian makanlah ikut porsi, duk pulun makan nak kasi air turun kang deficit ke laut.

Akhirnya kesimpulan tetap sama – Jaga makan, makan ikut porsi, watch your calorie, bergerak, be active dan minum air dengan banyak.

Begitu.

Lily Moha,
Your Dietgrapher.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kahwin Sahaja Dulu!

Pastikan Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah, Mereka Sudah Bijak Beradab, Pandai Menghormati