in ,

Tips Kurus Tanpa Stress!

Alhamdulillah. Pertama kali selepas 24 tahun,berjaya capai BMI normal (24.8/183cm/83kg). Buat yang selalu dan yang akan bertanya;

Jenis diet: diet rendah karbo.

Motivasi: tak nak mati awal sebab diabetes & obesiti.

Tempoh masa: 125kg ke 104 kg (2 tahun), 104kg ke 83kg (3 bulan). Berat ideal 73kg tapi sasaran sendiri 80kg.(masa 85kg pun orang dah cakap kurus sangat.)

Diet harian: telur/tempe + timun untuk sarapan. Sayur + lauk (protein) untuk makan tengah hari/makan malam. (Makan malam sebelum maghrib).

Senaman: Sikit-sikitlah. Sit up + planking sehari x 3 sesi. (pagi/tengah hari/malam).

Supplemen: Adalah try sebotol dua tapi lepas tu berhenti sebab macam tak ada kepentingan. Lagipun mahal kau.

Pro kurus: Rasa lebih sihat. Badan tak lesu. Jarang tidur siang.

Kon kurus: Badan dah tak kalis sejuk macam dulu. Tak sedap dipeluk. Khairul Faizal pun dah berani nak cari gaduh. Dulu masa abang beso mana dia berani.

Tips 1: Jangan buat mengejut. Nanti rasa terbeban lepas tu terus rasa malas. Mulakan dengan putus kasih dengan air gula dan bercintalah dengan air kosong. Bila dah istiqomah dengan air kosong InshaAllah senang nak berpisah dengan karbohidrat.

Tips 2: Menyendiri lah masa makan tengah hari. Sekurang-kurangnya tak ngences tengok kawan minum teh ais cincau gelas besar.

Tips 3: Abang manusia lemah. Kadang-kadang tewas dengan godaan. Kalau rasa teringin, cukuplah sesedut dan sesuap. Lepas tu insaflah semula.

Sebagai penutup, ketahuilah abang bukan nak membangga diri atau hendak menunjuk. Abang sekadar bernafsu nak kelihatan seperti Fattah Amin. Tu je, jujur cakap.

Muhamad Firdaus

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-29

Lelaki Ini Nak Bagi RM10000 Kepada Orang Gemuk