in ,

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Satu

Itinerari dan bajet serba ringkas kitorang masa berjalan haritu. Lebih murah dari harga IphoneX. *emoji tutup mulut*

Hari 1

* KLIA2 – Tehran. Flight kami berlepas petang, tak ada delay. Sepanjang kami fly Air Asia ni jarang pula kena delay macam orang lain. Kakaka. Tiket ni dibeli satu tahun sebelum, masa promosi freeseat dengan harga RM 700++ return tix. Menggelabah juga masa tu nak pergi berapa hari la apa la, tak ada fikir banyak pun, terus tekan 13 hari.

– Sampai Tehran 11:30pm waktu tempatan, oh ya waktu Iran lambat 4 jam setengah dari waktu Malaysia.

– Insurans boleh beli dekat airport, kitorang beli siap-siap dengan Chubb Travel Insurance, RM 115 untuk dua minggu/orang. Wajib ambil insurans tak kira lah kau backpacker ke tourist ke. Kalau kemalangan atau kematian dekat negara orang, tak la mak ayah bergolok gadai emas ke tanah. Kos bawa balik jenazah mahal oih.

– Oh ya, Iran ni sebab ada sekatan ekonomi, makanya kad kredit atau debit luar tak dapat digunakan di Iran. Kena bawa wang tunai cukup-cukup. Mana nak tau cukup ke tak? Rancang perjalanan, cross reference dengan traveler lain, rujuk website berkaitan ttg harga tiket, package dll.

– Kitorang dah tukar duit USD dalam 300 ke 400 usd masing-masing dekat sini. Lepas je tau kita boleh tukar duit Malaysia dekat airport Imam Khomeinei, tak la kitorang tukar lagi ke USD. Lepas ambil beg, naik eskalator ke atas, dekat sebelah kiri ada ramai-ramai berbaris, itulah dia money exchange.

– Duit Iran ni lebih kurang macam duit Indonesia la, puluh-puluh ribu. Aku tukar RM 1700 dapat dalam 16 juta IRR (Iranian Rial). Tak, dia tak bagi sekarung guni duit. Alternatifnya, dia bagi kad debit, dalam satu kad tu nilai dia 5 juta IRR. Rial ni sebab dia besar nau, singkatan dia adalah toman. Macam 5,000,000 IRR ni bersamaan 500,000 toman.

– Jadi untuk apa-apa urusan duit ni, kena pastikan dulu rial ke toman.

– Oh ya, duit dalam debit card tu boleh je keluarkan. Tapi kena keluarkan dari bank spesifik je. Aku pun tak ingat bank apa, kejap lagi aku update. Hampir semua urusan boleh guna kad. Paling power dalam bas pun ada machine tu. Teksi dan toilet tidak ya.

– Taxi dari airport ke hostel, 45 USD. Kena kelepet. Rate dia 25 USD jeeee. Pakcik tu main tukar-tukar harga sabar je aku.

– Booking hostel thru email. 60 USD untuk satu malam, triple bed. Kitorang stay dekat 7 Hostel, tak jauh dari Grand Bazaar. Satu hostel je book, yang lain kitorang decide untuk walk in & tawar menawar.

Ni asas yang kau kena tahu. Bersambung malam nanti.

Alynn Sharuddin

#MaklinJalanJalan
#Iran

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Jawab 5 Soalan Ini Sebelum Kau Tekad Terjun Ke Dunia Bisnes

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Dua