in

Tiada Sesiapa Di Denmark Yang Pedulitaik Dengan Pelancaran iPhone 7

 

via TV/MIDT-VEST

Di Amerika Syarikat atau di Malaysia apabila iPhone baru dikeluarkan, kita meraikannya dengan cara yang cukup tipikal, beratur panjang seperti orang bodoh dan ada yang berkhemah di luar kedai-kedai yang menawarkan jualan IPhone terbaru itu.

Namun di Viborg, Denmark, keadaanya jelas berbeza.

Sekitar tahun 2010, warga Denmark seperti kita di Malaysia sanggup beratur panjang di dalam hujan semata-mata untuk mendapatkan iPhone 4, namun tahun ini segala-galanya berubah. Dalam satu klip yang tersebar di internet, sebuah kedai yang menjual iPhone 7 bersedia menyambut kehadiran pengunjung yang dijangkakan ramai, bahagian hadapan kedai dihias dengan belon berwarna keemasan. Tetapi yang hadir hanyalah dua orang lelaki dan wajah mereka juga kelihatan seperti tidak memiliki apa-apa perasaan.

“Ia (iPhone 7) dilengkapi dengan cip baru, seperti yang mereka lakukan setiap tahun dan sudah tentu menyebabkan telefon pintar ini memiliki kelajuan lebih baik. Kali ini mereka menggelarkannya sebagai A10 dan untuk versi sebelum ini mereka memanggilnya A9.” Kata Thorbjørn Riisager salah seorang daripada dua lelaki berkenaan.

Mungkin budaya consumer tidak begitu menarik perhatian warga Denmark, namun apa yang berlaku ini merupakan satu respons menarik terhadap pengeluaran semula gajet yang sudah pun berada di dalam poket anda semua. Tiada apa-apa yang baru melainkan harga yang semakin mahal!

“¯\_(ツ)_/¯,”

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Nama Saja Kota Maju, Tapi Ilmu Dan Seni Masih Mundur

Teruja Nak Jual-Beli Rumah? Baca Ini Dahulu Sebelum Bertindak