in ,

Tentang Raline Shah Yang Kau Perlu Tahu

Gambar : https://breakingnews.co.id

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang telah melantik seorang pelakon wanita jelita dari seberang, Raline Shah sebagai Pengarah Bebas bagi AirAsia Indonesia (PT Indonesia AirAsia). Bagi peminat filem terkenal ‘Surga Yang Tak Dirindukan’ pastinya kenal akan Raline yang memegang watak sebagai Mei Rose di dalam kedua-dua sekuel filem tersebut. Akan tetapi, siapakah sebenarnya insan ini yang membuatkan orang besar AirAsia sendiri melantiknya memegang jawatan yang agak tinggi di AirAsia Indonesa?

Raline Shah atau nama sebenarnya Raline Rahmat Shah dilahirkan di Jakarta pada tanggal 4 March 1985. Beliau merupakan seorang yang berdarah Melayu dan dibesarkan di Medan, Indonesia. Beliau merupakan pemegang ‘B.A in Policitical Science and New Media & Communications (Hons)’ dari ‘National University of Singapore’.

Raline bermula sebagai salah seorang finalis pertandingan Puteri Indonesia 2008 mewakili kawasan Sumatera Utara. Disebabkan oleh kebijaksanaan dan personalitinya yang menarik, beliau telah dipilih untuk merangkul gelaran ‘Puteri Favorit’ oleh para juri di dalam pertandingan tersebut.

Selepas dari itu, wajah Raline mula menghiasi ruang iklan dan majalah sebagai model. Pada tahun 2011, beliau mula terlibat sebagai model di dalam video-video klip muzik artis seperti ‘Ungu – Aku Tahu’ dan ‘Supernova – Terlalu Mendamba’. Bakatnya terus dicungkil lagi di dalam bidang lakonan pula dan diberikan peluang memegang watak ‘Riani’ di dalam filem ‘5 cm’ pada tahun 2012 yang turut dibintangi oleh Fedi Nuril, salah seorang pelakon lelaki hebat di Indonesia. Mereka sekali lagi bersama digandingkan di dalam sekuel filem ‘Surga Yang Tak Dirindukan 1 dan 2’ yang amat diminati oleh peminat di negara sebarang dan juga negara kita. Lakonannya yang mantap telah membuatkan beliau dinominasikan sebagai salah seorang calon ‘Peran Pendukung Wanita Terbaik Piala Citra FFI’ pada tahun 2015.

Kehidupan beliau bukanlah hanya hebat di layar perak. Latar belakang keluarganya, ayahnya, Rahmat Shah juga merupakan orang yang dihormati di Sumatera Utara. Rahmat merupakan seorang pengusaha, diplomat, ahli politik dan pemimpin yang sangat dihormati. Antara organisasi yang pernah dipimpin olehnya adalah Dewan Kehormatan BPP HIPMI, Dewan Pembina Real Estate Indonesia (REI) Sumatera Utara, Dewan Pembina Asosiasi Manajer Indonesia (AMI), Dewan Pengurus Badan Kerjasama Perusahaan Perkebunan Sumatera (BKS-PPS), Ketua Medan Club (10 tahun) dan Ketua Dewan Pakar Inkubator Bisnis USU. Selain itu, beberapa yayasan seperti Yayasan Rahmat dan Yayasan Sumatera Lestari juga telah dibangunkan oleh ayah kepada pelakon jelita ini. Dengan latar belakang ayahnya yang hebat ini, tidak mustahillah sifat kepimpinan itu juga dapat diwarisi oleh Raline.

‘Beauty with brain’, mungkin itulah yang boleh kita rumuskan tentang Pengarah Bebas AirAsia yang baru ini. Dengan adanya pendidikan yang tinggi, personaliti yang menarik dan latar belakang yang disegani, tak salah jika dikatakan beliau layak untuk menduduki jawatan tersebut. Dan seterusnya membuatkan AirAsia Indonesia berjaya menduduki hati rakyat Indonesia kelak. Mungkin itu faktor yang telah dikenal pasti oleh Tan Sri Tony Fernandes.

Semoga berjaya buat Raline Shah dan AirAsia Indonesia.

Shairy Hanapiah
Menangis tengok Surga Yang Tak Dirindukan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Daging Arnab Lebih Berkhasiat?

Siapa Kata Tak Boleh Mula Bisnes Dari Meminjam Modal?