in ,

Tamparan Sepatu

Beliau selalu bercerita; Diziarahi orang berjubah putih di kala malam gelap. Ngeteh dengan orang-orang kenamaan. Mengembara dunia sewaktu mudanya. Air Anugerah mujarab untuk merawat kudis tekanan. Ada sahajalah yang ingin diceritakan. Aku antara yang setia mendengar.

Apa-apa yang baik aku jadikan teladan, manakala yang lebih auta daripada fakta, aku anggap sebagai hiburan.

Pesakit ini lumpuh, dan hilang deria sentuhan pada kedua belah kakinya akibat kecederaan saraf tunjang. Seperti lazim pesakit seumpama ini, beliau jarang mengenakan sepatu apabila berambulasi dengan kerusi roda. Bagi mereka, tiada beza bersepatu atau tidak. Bukan boleh jalan pun. Itu pendapat mereka.

Sebenarnya, mereka perlu memakai sepatu, walaupun berkerusi roda. Apabila duduk di atas kerusi roda, kaki berada paling hadapan, maka ia mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan jika berlaku pelanggaran. Ketiadaan deria rasa pada kaki juga memburukkan keadaan. Mereka cenderung untuk mengabaikan kecederaan itu akibat tiada rasa sakit, menyebabkan kaki berpontensi mendapat komplikasi yang lebih teruk.

Setelah diterangkan dengan cermat kepada pesakit ini, beliau setuju untuk memakai sepatu. Jika kita sudi dengar celoteh pesakit, InsyaAllah, pesakit sudi dengar nasihat kita.

“Dr. Kamarul, saya dah beli kasut. Tapi tak muat.”

Pesakit berada di dalam wad, jadi beliau menyuruh anaknya membelikan kasut mengikut saiz sepatu beliau sebelum ini. Malangnya, ketika di wad, kakinya membengkak dan menyebabkan sepatu yang baru dibeli anaknya itu tidak muat.

“Bukan rezeki pakcik,” balas aku.

“Dr. Kamarul, macam nilah… Doktor ambillah sepatu ni. Pakai buat pergi masjid. Saya dah lama tak pergi, setidak-tidaknya kalau doktor pakai sepatu ni ke masjid, dapatlah saya saham pahala.”

MasyaAllah. Ia bagaikan satu tamparan buat aku. Aku ni sihat dan berupaya, tapi hanya ke masjid pada hari Jumaat. Beliau pula rindu ke sana, tapi tidak mampu. Aku tiada alasan untuk menolak permintaannya. Sepatu hitam kuning itu aku ambil dan sarungkan dikaki.

“Rezeki saya,” ujarku. Sepatu itu memang padan dengan saiz kaki aku.

Pesakit ini telah pergi menghadap yang Maha Esa. Permintaan beliau kini ibarat wasiatnya kepadaku, maka aku harus laksanakannya sedaya upaya.

Sejak itu juga aku mengiatkan lagi aktiviti-aktiviti menyebarkan kesedaran tentang pentingnya mempunyai bangunan, prasarana dan infrastruktur yang mesra OKU. Ini fardhu kifayah.

Banyak pengajaran yang aku peroleh sewaktu merawat pesakit ini. Aku harap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Al-Fatihah untuk beliau.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Di beri mandat untuk melaburkan amal di jalanNya

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Kata Doktor Gigi Tentang Teeth Aligner

Dari Jual Air Buah Naik Basikal, Kini Mereka Punya 4 Kedai dan Berbelas Kioks Kek Di Dalam Kompleks Beli Belah