in ,

Tak Rugi Jika Kau Ringan Mulut Dengan Orang

Sementara menunggu result SPM Abang Zam naik KL cari kerja. Masa tu dapat bekerja di kilang buat daging burger. Ada 1 peristiwa sampai mati pun Abang Zam takkan lupa.

Suatu hari, semasa Abang Zam hendak menyelesaikan tugasan harian di bahagian stor, Abang Zam seperti biasa masuk ke bilik daging sejuk beku untuk mengira stok inventori. Kebetulan waktu tu Abang Zam sendirian.Tengah asyik buat kira-kira dalam bilik sejuk beku tu tetiba pintu bilik sejuk itu tertutup dan kau tahu apa jadi?
Abang Zam terperangkap dalam tu!

Pada minit pertama, selaku hero dalam ini gambar Abang Zam tidak panik. Abang Zam menendang pintu bertubi-tubi dengan kasut safety cap sepatu timur yang diberi kilang. Namun hampa. Tiada respon. Selepas 10 minit di dalam peti bersuhu negatif 34°C, Abang Zam dah mula rasa putus asa. Tulang dan sendi semakin berat untuk bergerak. Masa tu tak benda lain yang Abang Zam ingat cuma mati. Masakan tidak. Kebanyakan masa tu pekerja-pekerja lain sudah lama pulang dan adalah amat mustahil orang di luar boleh dengar sekalipun Abang Zam bertempik dari dalam. Tu jam habis segala doa Abang Zam baca sambil bergenang air mata. Ya Abang Zam dapat 1 pengalaman mahal. Meniti titian ajal.

Setelah hampir 2 jam terperangkap,
badan Abang Zam dah mula membeku, apa yang ada cuma helaan nafas menghitung detik kematian. Tiba-tiba..

Terdengar pintu bilik peti dibuka. Abang Zam yang tak mampu bergerak cuma dapat melihat sosok badan berbaju putih berseluar hitam dengan bercota di pinggang datang menerpa. Ya Pakcik Guard. Lalu dia memanggil beberapa rakan nya yang lain datang membantu mengusung Abang Zam keluar peti. Di ambilnya selimut. Berhambur airmata syukur. Dan hari tu terlepas Abang Zam dari kematian!

Seminggu telah berlalu namun peristiwa Abang Zam terperangkap dalam bilik sejuk beku masih menjadi viral sesama staf. Pada suatu pagi, pihak pengurusan membuat briefing. Di panggil nya pak guard tadi untuk bercerita bagaimana dia boleh tahu Abang Zam ada kat dalam peti. Pengakuan Pakcik guard mengejut kan semua staf!

“Pada hari kejadian, semua staf dah balik. Pakcik agak pelik mengapa En. Azam tak lalu lagi. Setelah 2 jam, Pakcik rasa tak sedap hati. Ni mesti ada sesuatu yang tak kena. Pakcik buat rondaan dekat stor sejuk beku. Dan melihat lampu masih menyala. Pakcik yakin En. Azam belum balik. Pakcik panggil beliau tapi tidak menyahut. Tergerak hati pakcik nak buka peti. Dan..”

Bagaimana pakcik tahu En. Azam masih tak balik lagi?

“Sedara sedari, pakcik bekerja di kilang ini selama 5 tahun dan setiap hari terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk melalui pos pengawal.Dalam ramai2 yang lalu hanya segelintir staf sahaja yang menyapa Pakcik. Termasuk lah Azam. Untuk pengetahuan semua, Azam selalu datang borak dengan saya di waktu rehatnya. Macam-macam kami borak dari perihal Vespa sampailah bercerita pengalaman saya jadi askar Melayu dulu dulu. Pada sebelah pagi dia pasti datang memberi salam sambil membawa sedikit kuih dan sebelum pulang pasti dia datang menyapa pakcik sambil mengucapkan selamat tinggal. Begitulah setiap hari sebelum meninggalkan kerja. Berbeza pada hari kejadian. Petang tu Azam tak datang kat tempat pakcik. Itu yang menjadi pelik dan Allah menggerakkan hati pakcik untuk buat rondaan sekitar stor. Dan ternyata benar gerak hati Pakcik. Azam ni antara staf yang rapat dengan pakcik dan staf security. Sehari tak jumpa tak sah.”

Moral of the story:

Tidak menjadi rugi jika kita mulakan sapaan. Dari sapaan menjadi kenalan. Dari kenalan menjadi taulan. Kehormatan bukan untuk diminta tapi memberi. Dan pasti ia kembali pada kau.

Hari ini dalam sejarah. 17 januari 1997.

Azam Shah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Ini Cara Guna Mesin Fogging Dengan Betul

Bongkarkan Rahsia Terus Sustain Dalam Dunia Bisnes Internet