in ,

Syaitan Di Bulan Ramadan

1. Dulu-dulu aku terfikir, kalau syaitan digari di bulan Ramadan, di manakah lokasi mereka digari? Adakah masih ada di sekeliling kita, dengan tangan diikat, tapi masih boleh menghasut?

 

2. Atau mungkin syaitan dibawa ke sejenis dimensi penjara abadi? Terbenam sahaja matahari hari terakhir Sya’ban, para setan pun pergi ramai-ramai punch-in di penjara tersebut. Aku dapat bayangkan betapa happeningnya penjara setan tu, mungkin sedikit BDSM.

 

3. Mungkin kebarangkalian pertama lebih logik, kerana itulah, walau syaitan digari, manusia masih melakukan kejahatan. tetapi mengikut Imam Syafie: Hanya syaitan yang jahat sahaja dibelenggu, yang lain masih bebas. Sebab itulah masih terdapat maksiat.

 

4. Para ulama berbeza pendapat tentang maksud ‘syaitan dibelenggu’ dalam hadis. Ada yang mengatakan perkataan belenggu itu adalah metafora. Ibnu hajar dan Dr Yusuf al-Qadrawi mengatakan belenggu itu sebagai “ketidakmampuan syaitan mempengaruhi manusia” sebab ibadah puasa menundukkan nafsu.

 

5. Mungkin setan digari pada bulan Ramadan untuk menyedarkan kita, siapa sebenarnya yang setan. Tak perlu theodicy Plotinus atau St Aquinas, tak perlu tanya Ibu Sina tentang maksud kejahatan untuk menyedari siapa sebenarnya yang jahat.

 

6. Kalau orang tanya aku, apa pendapat aku tentang ini, aku cakap: “Aku tak tahu, aku bukan ustad”. Puasa-puasa ni, aku mungkin lebih menjurus kepada kastad, daripada ustad. Sambil bercakap tu, aku pun posing kat mural kepak setan.

 

Saharil Hasrin Sanin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kenapa Menangis Jika Proton Dikuasai Geely?

Aku Sebagai Ex-Proton, Sedih