Sukan Komanwel 2018 akan membuka tirainya esok pada 4 hingga 15 April 2018 di Gold Coast Australia. Diadakan setiap 4 tahun sekali, temasya yang dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) akan disiarkan melalui Astro Arena secara menyeluruh.
Temasya edisi ke-21 menawarkan 1500 pingat untuk 18 jenis sukan. Malaysia menyertai 21 acara sukan termasuk lima acara sukan para yang terdiri daripada 178 atlet iaitu 102 atlet lelaki dan 76 atlet wanita.
Muhammad Hakimi Ismail, merupakan atlet lompat kijang yang memecahkan rekod di temasya Sukan SEA baru-baru ini dipilih sebagai pembawa bendera di acara pembukaan Sukan Komanwel esok.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hanya menyasarkan pencapaian kali ini adalah lebih baik daripada Sukan Komanwel Glasgow. Pada tahun 2014, skuad negara berjaya meraih enam emas menerusi acara angkat berat (lelaki 69 kg), skuasy (perseorangan wanita), terjun (3m papan anjal lelaki), dan badminton (berpasukan campuran, beregu wanita, beregu lelaki) manakala selebihnya tujuh perak dan enam gangsa.
Sukan Komanwel XXI Gold Coast 2018
Tempat: Gold Coast, Australia
Tarikh: 4 April hingga 15 April 2018
Moto: Share the Dream
Penyertaan Negara: 71 pasukan Komanwel
Maskot: Borobi
Atlet Malaysia: 178 atlet (104 lelaki dan 75 wanita)
Acara disertai Malaysia:
- Terjun
- Renang
- Badminton
- Olahraga
- Basikal
- Gimnastik Artistik
- Gimrama
- Boling Padang
- Menembak
- Skuasy
- Triatlon
- Ragbi 7s
- Ping Pong
- Bola Keranjang (W)
- Hoki (L)
- Hoki (W)

Acara pembukaan akan diadakan pada jam 4:00 petang waktu Malaysia. Sebagai tanda sokongan netizen terhadap sukan Malaysia, ucaplah selamat maju jaya kepada para atlet negara. Malaysia boleh!
APEMAZING