, ,

Srengenge Tersergam Hodoh Macam Setan – Satu Kritikan

Saya agak kecewa dengan pembikinan supertele atau telemovie (saya tak pasti, selepas ini akan disebut drama) Srengenge yang ditayangkan di RTM malam tadi. Saya pasti ramai yang tidak bersetuju akan mencebik dan mencemuh saya selepas ini tambahan pula melihat kepada banyak komen positif di media sosial berkenaan drama tersebut.

Jangan terkeliru antara novelnya dan drama. Yang telah diangkat hebat itu adalah naskah asal namun bagaimana pula ia sebagai sebuah drama? Keduanya fokus adalah untuk menyampaikan cerita namun ia melalui medium dan pelaksanaan serta gaya penyampaiannya yang jauh berbeza.

Drama ini tidak memberikan semangat utara. Saya tidak pasti apa perasaan orang utara bila menontonnya. Namun saya agak terganggu dengan loghat utara dibuat-buat dan kaku hingga kehilangan lenggoknya. Penghayatan yang baik dalam lakonan tidak cukup hanya dengan emosi yang tepat dan benar pada tempatnya, namun aspek real itu sama pentingnya untuk menimbulkan kebolehpercayaan penonton? Jika saya salah saya ingin bertanya, adakah anda percaya mereka itu orang utara? Atau sekadar mengajuk loghat utara? Adakah hal itu boleh dimaafkan? Dimaafkan sedangkan ramai yang boleh berloghat utara dengan baik dalam negara ini. Jika anda tahu, dalam proses pre-pro ada jawatan yang dipanggil casting director (sama ada dilantik betul-betul, ataupun director sendiri menjadi casting director. Tugasnya? Tugasnya bukanlah buat casting semata-mata, jauh lebih besar dan banyak dari itu).

Aspek penceritaan secara tulisan (novel/cerpen) bergantung pada sudut pandangan orang pertama, kedua dan ketiga. Namun apabila ia diadaptasi ke layar adakah masih perlu dikekalkan. Jika dikekalkan itu yang terjadi di drama Srengenge. Kita akan menonton terlalu banyak watak bercakap seorang diri yang ingin memberitahu kepada semua penonton; ini yang aku rasa, ini yang aku fikir.

Dan terjadilah juga lambakan scene bercakap sendiri di dalam hati hingga menjadikan scene itu stuck dan memperlahankan tempo lakonan. Sedangkan drama itu adalah gabungan naskah (skrip/dialog) dan visual – selain lakonan dan pelbagai aspek lagi. Berbeza berbanding novel yang 100% cerita disampaikan melalui penceritaan bentuk tulisan. Maka seeloknya gunakan peluang visual itu sebaik mungkin. Keresahan ada banyak cara boleh disampaikan selain daripada watak merungut dan merungut sendirian. Ini hanya contoh kecil yang saya berikan.

Apabila ia diadaptasi mungkin akan berlaku perubahan untuk menjadikannya lebih segar dan realistik, daripada watak-watak itu bercakap seorang diri demi seorang bertalu-talu, lebih baik mereka berbahas dan bertegang-urat di kedai kopi saja. Pergerakan, perlakuan dan aktiviti akan wujud dalam scene tersebut secara automatik dan menghidupkannya lagi. Itu sekadar contoh juga, tentang bagaimana kita boleh menukar penceritaan dan intipati asal daripada novel kepada medium yang lain dengan masih mengekalkan ideanya. Namun mungkinlah ada sebab yang kuat kenapa ahli tenaga produksi memilihnya begitu. Jika sebabnya kukuh, harus kita hormati. Namun jika tidak terfikir, oh Tuhan…

Saya tidak mempertikaikan ayat-ayat yang orang kata sedap dalam drama ni. Yelah, yang sedap tu sedaplah, yang macam akward je daripada segi pelaksanaan scenenya takkan saya nak setuju je sebab menghormati Sasterawan Negara? Saya rasa cukuplah apa saya tulis ini. Sebab saya pun tak suka nak sakitkan hati orang sangat. Tidak perlulah saya bercakap tentang hal-hal redundant dalam drama ini yang begitu kerap, kerana mungkin telah ramai yang perasan. Cuma lagi sekali saya tekankan, novel dan drama itu berbeza pelaksanaannya.

Jika anda rasa dengan tayangan itu kita telah berjaya mengangkat naskah asal tersebut, silakan terus bertepuk. Namun adakah anak-anak muda yang sebelum ini langsung tak tahu kewujudan karya tersebut, sudah mula sedar, mengagumi dan esok mereka nak cari di kedai buku? Atau budak muda yang tertengok secara tak sengaja semalam, layan sampai habis?

p/s : rasanya dah lebih 7 tahun saya tak kritik, sebabnya kali terakhir dulu saya kritik sampai putus kawan. Suruh cakap, tapi bila cakap marah. Sejak itu bila orang minta pendapat tentang projek mereka. Saya lebih suka diam. Lagipun saya bukanlah siapa-siapa yang pendapat saya itu perlu diberi perhatian pun. Akhirnya suka saya puji, tak suka saya diam, balik makan nasi. Tapi yang ini, tak tahulah kenapa… entahlah. Kecewa mungkin.

Aloy Paradoks

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Total votes: 7

Upvotes: 7

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Semak Sendiri Kiblat Kawasan Anda Petang Ini

Nak Pilih Chatime Atau Tealive?