in ,

SpaceX Akan Ke Marikh Awal Tahun 2019

Elon Musk adalah pengasas, CEO dan perancang utama di Space Exploration Technologies (SpaceX), di mana dia mengawasi perkembangan dan pembuatan roket dan pesawat ruang angkasa canggih untuk misi ke luar orbit Bumi.

Didirikan pada tahun 2002, misi SpaceX adalah untuk membolehkan manusia mencipta tamadun di ruang angkasa dan membangunkan sebuah kehidupan di planet Marikh.

Pada awal tahun ini, Elon telah melancarkan ujian ke atas Falcon Heavy yang dibangunkan oleh SpaceX. Pembinaan kapal angkasa ini adalah bertujuan untuk membawa muatan berat ke angkasa.

Berikutan kejayaan ujian ini, Elon Musk merancang untuk menghantar kapal angkasa ke Marikh pada awal tahun 2019. Walaupun pada awalnya Elon berkata di Kongres Astronotika Internasional bahawa manusia akan mula menjejaki Marikh pada tahun 2025, namun dalam rangkaian SXSW, beliau bercadang untuk melancarkan hasratnya dengan lebih awal.

SpaceX adalah kapal angkasa yang dibina untuk menghantar muatan ke planet Marikh, dan boleh kembali semula ke Bumi. Dengan menggunakan semula roket dan kapal angkasa yang sama, ini mampu mengurangkan kos pengembaraan ke angkasa, langkah pertama dalam menjadikan kehidupan di Marikh sebagai realiti dalam hidup kita.

APEMAZING

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Inilah Bon Kelakuan Baik Yang Kau Perlu Tahu

Kenapa Orang Patani Sukar Menguasai Bahasa Melayu Baku?