SM Salim: Patah Tumbuh, Kehilangan Yang Pasti Tiada Ganti

Semalam industri muzik tanah air dikejutkan dengan berita pemergian seniman yang tidak asing lagi bagi kita iaitu Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai Tan Sri S.M. Salim.

Ada sedikit fakta tentang Allahyarham yang boleh kita ambil tahu.

1) Dilahirkan pada 30 Julai 1928.

2) Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur.

3) Mula berkecimpung dalam dunia nyanyian tempatan sejak 1950-an lagi.

4) S.M. Salim merupakan seniman kedua negara yang menerima gelaran Tan Sri selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

5) Tan Sri. S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957.

6) Dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik tradisional.

7) Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.

8) Mempunyai lebih kurang 15 buah album termasuk lah album Album Sekarang Dah Jadi (2003) yang bertemakan lagu-lagu patriotik.

9) Beliau merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960.

10) Pernah melaksanakan tugas yang sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak.

11) S. M. Salim turut dianugerahkan pingat Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor dan Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat’ (DPMT) dari Sultan Terengganu. Kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

12) Pada 1991, beliau dianugerahkan ‘Tokoh Seni’ oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ‘Anugerah Seri Wirama’ di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997.

13) S.M. Salim diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.

14) Pernah berduet dengan beberapa artis ternama Malaysia termasuklah Zainal Abidin, Dato Siti Nurhaliza, dan Shiela Majid.

15) Pada 1998, beliau disahkan menghidap penyakit saraf yang menyebabkannya berkerusi roda.

Sumbangan Allahyarham pada industri memang tiada tolok bandingnya. Terlalu banyak jasanya dan kehilangan beliau pasti akan dikenang.

Semoga roh Allahyarham S.M Salim ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan diredhai Allah.

Mustaqim Mustapa

Leave a Reply