in

Sindiket Curi Iphone & Apple ID, Bagaimana Nak Menanganinya?

 

Pada pertengahan bulan Oktober lalu, Iphone isteri tercinta saya, Etty Garib telah dicuri di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur. Bagaimana ianya dicuri adalah sebuah lagi cerita yang boleh saya tulis. Apa yang penting apabila kami sedar iphone isteri telah dicuri, kami cepat cepat lock menggunakan apps “find my iphone”

Fast forward 2 minggu kemudian, kami dapat notification iphone kami telah dihidupkan dan ianya berada di Vietnam. Kami yang pada ketika itu memang dah tak berharap sangat nak dapatkan phone tu balik, tiba tiba terasa terkejut apabila kami dapat sms juga pada hari yang sama dari “pihak apple” untuk login apple id dan password kami untuk tahu lebih lanjut lokasi iphone kami berada.

After saw multiple phishing site, in an instance saya dah dapat agak this is one of them, dalam cubaan mereka untuk unlock iphone kami!

Untuk yang tak tahu phishing adalah cara hacker untuk mendapatkan data data sensitif dari orang lain seperti kata laluan, password, credit card info untuk kegunaan yang tidak baik. Kalau anda biasa pakai maybank2u atau cimbclicks, cara yang sama juga akan digunakan untuk mengelirukan orang.

Di sini pengajaran yang boleh saya dan isteri dapat adalah;

1) Lock phone anda menggunakan apps rasmi “find my iphone” secepat mungkin bila menyedari iphone anda telah dicuri

2) Kalau takda iphone lain, pergi ke pc personal anda yang berdekatan dan taip url berikut; (https://www.icloud.com/), dan lock juga menggunakan tab “find my iphone”

3) Masukkan nombor orang lain (your spouse, family) untuk contact lock iphone anda. Ini juga penting supaya lebih mudah anda mengenali sms phishing. Semua mesej mereka akan dihantar ke nombor orang tersebut bukan nombor anda!

4) Jangan sesekali masukkan kata laluan apple id dan password ke dalam website yang anda dapat dari link. Walaupun anda nampak sms atau msg yang anda nampak tu memang authentic dari apple. Ini sangat penting!

5) Walaupun anda dah lock, kemungkinan iphone anda boleh dihidupkan tanpa detection juga adalah besar.

6) GPS hack bukan hanya boleh digunakan untuk perisian “pokemon go”, juga boleh mengelirukan “find my iphone” apps.

7) Sms yang mereka hantar untuk umpan ke phishing site mereka datangnya dari 63001, nombor yang sama digunakan oleh kebanyakan syarikat syarikat besar untuk sms utama mereka. Saya pernah dapat verification code untuk google, facebook, zalora dan bermacam lagi dari nombor ini.

8) Mereka akan akhirnya akan hantar email / imessage / email dari icloudappleinc@icloud.com yang mengatakan mereka adalah dari pusat khidmat pelanggan apple dan kita dikehendaki menyerahkan kata laluan dan password.

9) Sekali je anda masukkan kata laluan dan password yang betul ke dalam phishing site tu, bukan hanya iphone anda akan diunlock, apple id anda juga akan digunakan untuk kegunaan lain seperti pembelian secara maya dan sebagainya.

Lihat dari gambar gambar yang saya sertakan di bawah, at least 5 phishing site digunakan oleh mereka untuk mengelirukan saya dan isteri

15073388_10154740902889082_6289783532357563363_n

SMS SMS awal yang dihantar dalam bahasa Melayu. Perasan apple id saya tanpa id? Itu sebab mereka tak tahu apple id saya dan mereka perlukannya!

15056345_10154740902914082_7179388754324286383_n

SMS berikutnya dalam bahasa inggeris. URL juga berubah

15027831_10154740902999082_8040566348460032656_n

Kemudian dapat mesej dari icloudappleinc@icloud.com

Url juga berubah

15078899_10154740903009082_3677648883894035534_n

Nombor dari 63001 yang juga digunakan pakai oleh Zalora, TMEF SME Tech, Google dan banyak lagi company. Jangan terpengaruh!

15078957_10154740927579082_492179409075710637_n

Salah satu contoh phishing site. Please note url yang bukan dari icloud.com. Juga abang ingatkan sekali lagi. Jangan klik dari link kalau perlu login ke icloud.com

Taip sendiri di dalam browser!

Saya juga percaya strategi mereka akan berubah ubah mengikut perkembangan semasa. So kalian, berhati hatilah.

Taufiq Zakir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Khas Untuk Jamal Yunos: 4 Cara Mudah Hentikan Pendarahan Hidung

Kau Ingat Senang Jadi Anak Seni?