Simptom Hard Disk Kau Mula Kong

Pagi ni aku nak bagi syarahan sikit untuk kau kenal simptom hard disk kau yang mula nak kong/rosak. Bukan senang kau nak dengar aku berceramah pagi-pagi buta ni, kahkahkah.

1. Kau rasa komputer kau lembab luar dari kebiasaan.

Simptom ini salah satu tanda hard disk kau mula nak rosak. Tapi susah orang/user biasa dan juruteknik komputer pun kadang-kadang tak dapat nak kenal pasti perkara ini sama ada masalah hard disk atau masalah biasa kerana:

i- Komputer kau dah menjadi tempat ternakan virus. Usahawan berjayalah katakan, kahkahkah. Kalau ya pun nak jadi usahawan, ternaklah benda lain. Virus juga yang kau nak ternak. Bila komputer kau ada virus, ianya memang akan melembabkan komputer kau sebab benda tu menggangu sistem operasi sesebuah komputer. Bila kena macam ni, cuba kau install OS/format semula komputer kau. Kalau lepas format komputer berjalan lancar, itu mujurlah. Bermakna masalah virus sahaja. Kalau masih lembab juga, baik kau beli hard disk baru dan backup semua data kau.

ii- Kau jenis tak reti susun file. Semua benda kau nak longgok dekat desktop tu sampai penuh desktop kau atas alasan senang nak capai. Tak salah kau nak letak file kau dekat desktop tu, tapi sikit-sikit sudahlah. Kau tak serabut ke tengok desktop kau penuh dengan file? Kau simpan satu tempat partition/folder lain pun senang nak capai. Bila kau longgok semua dekat desktop, ianya akan melembabkan proses loading/booting windows. Kalau kau salah seorang yang aku sebut ni nak tahu punca komputer kau ni lembab disebabkan hard disk atau file, cuba kau pindahkan file kau dekat partition/folder lain contohnya ke my documents, lepas tu kau buat sedikit cleaning dengan menggunakan ccleaner. Dah selesai, restart balik komputer kau. Lepas restart sepatutnya dah ok dah. Kalau lembab juga, dapatkan khidmat juruteknik komputer.

2. Bila kau on PC atau laptop, hard disk kau mula mengeluarkan bunyi aneh.

Ini pun simptom hard disk kau nak mula rosak. Untuk laptop, senanglah kau nak dengar bunyi ni. Kau on laptop, angkat laptop, lepas tu kau dengar dari belakang laptop. Kalau hard disk normal, kau takkan dengar bunyi aneh sebab dia berputar dengan lancar. Tapi bila dia mula nak rosak, kau akan dengar bunyi sentakan pada hard disk kau. Kadang-kadang bunyinya kasar yang aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana bunyi itu. Kalau PC susah sikitlah kau nak dengar bunyi ini. Kau kena buka casing PC kau untuk dengar. Itupun kalau kau dengar, sebab kadang-kadang bunyi kipas processor kau lebih kuat dari bunyi hard disk. Senang cerita bila kau dengar bunyi yang tak sedap dari hard disk kau, kau segeralah bertanya pada kawan kau yang pandai bab IT. Seeloknya kau bawa sekali laptop kau untuk dia check. Kalau kau cakap melalui telefon, susah nak kenal pasti masalah apa.

3. “Operating System Not Found”

Kalau komputer kau keluar error macam ini, kau redha aja lah. Sama ada ini masalah Windows atau masalah hard disk, cuba kau format balik. Kalau ok, itu masalah OS/format sahaja. Kalau tak boleh format sebab hard disk tak dapat nak detect. Kau berdoa banya-banyak agar file kau dapat di backup oleh juruteknik komputer.

4. “No Media Detected”

Kalau komputer kau keluar error macam ini, kau berdoalah banyak-banyak agar file kau di backup oleh juruteknik komputer. Hard disk tu memang tak ada harapan lagi dah untuk digunakan. Memang kena ganti dengan yang baru.

Apapun masalah berkenaan dengan komputer kau, kalau kau dapat selesaikan sendiri tu dah cukup bagus sebab kau ada ilmu IT serba sedikit. Kalau ada yang tak tahu, bertanyalah pada rakan kau yang pakar bab IT. Macam aku cakap tadi, seeloknya kau bawalah sekali komputer kau tu. Senang dia nak check komputer kau mengalami masalah apa.

Mohamad Taufik Jabir
Juruteknik Komputer Persendirian

Leave a Reply