in ,

Simpan Wang Tabung Haji Anda Melalui Maybank2u

Dalam kesibukan mencari duit, jangan lupa menyimpan duit juga. Ramai diantara kita hari ini yang boleh membuat duit dengan banyaknya. Jualan online meningkat dan kita bijak mengambil peluang yang ada. Bukankah lebih elok jika duit yang banyak kita dapat itu,kita simpan juga untuk bekalan di kemudian harinya?

Sally sangat menyarankan membuat simpanan. Ilmu menyimpan, ilmu tabungan, ilmu investment, sedikit sebanyak yang Sally tahu, Sally akan curahkan. Tabungan A, B dan C yang wajib diketahui oleh semua peniaga online khususnya. Kita cerita hari lain ok bab tabung ini.

Bagi yang belum daftar haji, sangat-sangat disarankan anda mendaftar Haji. Semoga Allah permudahkan urusankan kita untuk menunaikan rukun yang satu itu. Yang wajib bagi mereka yang mampu. Pokok pangkal hutang wajib dilunaskan dulu supaya rezeki yang mengalir tiada batas dan sekatan ke atas kita. Zero hutang adalah impian wajib buat semua anda di luar sana.

Apa yang Sally nak kongsi hari ini bukanlah ilmu atau sifir menabung, simpanan dan sebagainya. Biasanya Sally membebel pada ahli keluarga ELISS sahaja. Hari ini Sally nak kongsi macam mana kita nak memudahkan urusan menyimpan di Tabung Haji melalui Maybank.

Hari ini Sally ke bank dan banyak urusan perbankan dapat disiapkan. FD 3 bulan dah habis promo, tinggal 5 bulan sahaja dengan dividend sebanyak 4.06% di Maybank. Saya bukan staff Maybank promote FD ye. Fokus pada Tabung Haji ok? Khas bagi mereka yang belum tahu lagi. Sally rasa nak berkongsi dengan anda semua.

Sebelum menggunakan kemudahan simpanan Tabung Haji melalui Maybank, terlebih dahulu kita dikehendaki mendaftar di mesin ATM. Kemudian segala urusan transfer, cek baki dan sebagainya boleh dilakukan melalui Maybank2u sahaja.

Cara-caranya, anda tengok gambar ye? Sally sudah jelaskan satu per satu. Ini semasa suami baru daftar akaun Tabung Haji dia di ATM tadi.

Masukkan kad ATM anda macam biasa di mesin ATM Maybank. Masukkan ikut lubang CARD tu. Jangan salah lubang tau.
Tekan nombor PIN anda. Jangan tekan nombor PIN orang lain pula. Nanti tak pasal-pasal kad kena telan.
Tekan menu Tabung Haji (TH) seperti yang tertera di gambar tu.
Tekan Daftar Akaun TH ke ATM Kad.
Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Tengok pada buku tabung haji tu. Gambar sebelah Sally tunjukkan mana nak tengok Akaun No TH.
Dekat Buku Tabung Haji, ada No Akaun TH anda. Masukkan nombor tu di ATM tau.
Dia akan keluar paparan Urusniaga sedang diproses. Harap bersabar ye. Tunggu je di situ. Tak lama pun.
Kemudian dia suruh masukkan No Siri Buku TH. No Siri ini terdapat di belakang buku TH anda. Seeloknya anda bawalah buku tu bersama semasa pendaftaran di ATM. Gambar sebelah Sally tunjukkan di mana No Siri ni berada.
Ni kat muka surat belakang sekali. Ada No Siri Buku.. Kat bahagian yang Sally kaler pink tu, kat situ le ada no siri. Sally tutup ler no siri Sally for security. Kan?
Tunggu lagi dengan sabar.
Dan last sekali, dia akan tunjukkan Akuan TH anda telah berjaya didaftarkan. Alhamdulillahhh.
Nanti Sally tunjuk pula macam mana nak transfer dan cek baki di Maybank2U ye? Sabar jap.
Kalau nak daftar untuk anak-anak yang dibawah penama kita, pun boleh juga di ATM. PIlih menu Daftar Akuan Kanak-Kanak TH ke Akaun ATM. Selepas tu ikut arahan dia macam biasa. Untuk kanak-kanak ni, dia akan minta no IC/Mykid anak kita. So, masukkanlah. Dah selesai. Senang nak manage akaun TH kita dan anak-anak lepas ni. Kan?

Semoga bermanfaat untuk semua. Dan semoga kita istiqamah menyimpan untuk masa depan.

Nanti Sally tunjuk pulak macam mana nak transfer dan cek baki di Maybank2U ye? Sabar jap. Buat yang ini dulu baru boleh tengok kat Maybank2u.

Puan Sally,
Ratu SHOPPING tapi Bijak MENYIMPAN

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Apa Yang Disampaikan Dari Telefilem Pok Ya Cong Codei?

Toksik Ini Paling Bahaya Di Dunia!