in ,

Siapa Kata Tak Boleh Mula Bisnes Dari Meminjam Modal?

Gambar : Facebook Azri Walter

Membangunkan Jenama Sendiri? Memang tidak semudah yang disangka.

Aku masih ingat lagi waktu mula-mula mahu mulakan jenama sendiri. Waktu itu aku masih penjawat awam. Selepas mahir menjual produk orang lain, aku berhajat mahu buat produk sendiri.

Aku mulakan misi mencari kilang-kilang yang boleh buat formula produk seperti aku ingini. Merata aku pergi. Hingga aku berjaya jumpa formula yang sesuai. Aku cuba atas rambutku sendiri sampai jadi.

Tapi ada satu masalah yang aku hadapi. Untuk buat produk sendiri modalnya besar. Rata-rata kilang yang aku pergi semua letak MOQ tinggi. Aku tak mampu. Aku hanya seorang kerani.

Aku pun mulakan misi mencari modal. Aku mula mencari rakan kongsi. Namun, kebanyakkan orang yang aku temui tidak mahu menyertaiku.

Ideaku ditolak, tiada siapa peduli. Tiada orang yang percaya ini boleh jadi.

Aku hampir berputus asa. Rasa sedih dan kecewa hingga pernah mengalir air mata.

Tetapi aku bukan jenis yang mudah berputus asa. Hingga satu hari aku teringat ada seorang sahabatku seorang yang berjimat-cermat. Setiap hari beliau hanya makan nasi putih dan telur mata.

Aku yakin. Beliau pasti ada. Aku mesti cuba. Beliau adalah orang terakhir yang aku jumpa.

Maka bermula sesi ‘pitching’ aku yang pertama. Aku katakan padanya modal untuk mulakan adalah sebanyak Rm10,000. Beliau minta beri masa berfikir dahulu.

Setelah 2 hari, beliau setuju. Tetapi beliau cadangkan aku berikan separuh dan beliau lagi separuh.

Aku buntu, rasa mahu terduduk di situ. Jangankan Rm5000, Rm200 pun aku tiada. Aku mula yakinkan dia. Aku katakan guna sahaja modal kau semua. Aku pastikan aku jual hingga habis semuanya.

Akhirnya dia akur dan setuju lalu berikan Rm10000 dari wang simpanannya untuk aku mulakan.

Selesai kisah modal. Seterusnya, cerita jenama pula. Sebenarnya Walter datang dari nama gelaranku semenjak kecil iaitu ‘oter’.

Setelah dikormedialkan lalu menjadi ‘Walter’. Manakala logonya adalah wajahku sendiri. Inspirasi daripada KFC.

Pak cik Kolonel itu boleh, mengapa aku tidak? Kah kah kah.

Lalu aku bermula dengan produk minyak rambut sendiri membawa jenama Walter. Aku cuba pelbagai cara dan berjaya pasarkan produk Walter. Aku berjaya menjual 1000tin dalam tempoh 1 bulan sahaja.

Hasil jualan pertama aku kembalikan semula modal sahabatku beserta keuntungannya. Aku berjaya pasarkan produk Walter dalam tempoh 6 bulan dengan hampir 4000 orang ejen ke seluruh negara.

Tempoh masa 6 bulan itu tidak semudah yang disangka. Rejection itu perkara biasa. Aku lalui pelbagai perkara. Ditipu, dikhianati dan sebagainya.

Namun aku bersyukur. Aku dapat bantu ramai orang yang bersamaku menambah pendapatan. Hidup kami mula berubah. Lebih baik dari sebelum ini.

Hasilnya jenama Walter mula dikenali. Jumlah jualan pula tidak perlu aku tuliskan di sini. Aku berjaya mulakan tanpa pernah belajar di mana-mana atau dengan sesiapa.

Aku berjaya yakinkan pemodal, ejen dan pelanggan.

Ya, aku bermula tanpa modal dan tanpa guru.
Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan, berikan rezeki dan ilham.

Selepas itu bermula kisah bagaimana jenama Walter beralih dari produk rambut menjadi rangkaian kedai gunting rambut yang akan aku tuliskan di perkongsian yang akan datang.

Walaupun dalam masa yang singkat, ada banyak pengajaran yang aku dapat antaranya :

1. Sentiasa yakin bahawa rezeki itu ditentukan oleh Allah.

2. Percaya pada diri dan jangan mudah mengalah.

3. ‘Convincing People’ adalah skill yang paling penting untuk seorang usahawan.

4. Mulakan sahaja walaupun tiada siapa yang percaya.

5. Dapatkan maklumat yang kita perlukan sahaja. Jika tidak, ianya sia-sia.

6. Sentiasa ada angan-angan besar dan berfikir besar.

7. Berikan manfaat kepada seramai mungkin manusia dengan apa sahaja yang kita ada.

Moga perkongsian ini memberi inspirasi dan bermanfaat untuk semua yang membaca.

Azri Walter

Pernah mulakan bisnes dengan Rm0.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tentang Raline Shah Yang Kau Perlu Tahu

Lokasi Acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017