, ,

Siapa Kata Tak Boleh Jadi Jutawan Dengan Menjual Sandwich?

Pada 1997, krisis Ekonomi melanda seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia sendiri. Jika masih ingat, perkataan “gawat” menjadi sangat popular. Sana sini orang sebut. Beribu rakyat hilang pekerjaan.

Di Thailand, rata-rata pakar Ekonomi menggelarkan situasi ini sebagai “Tom Yam Kung Crisis”. Jutaan Baht jatuh hanya dalam satu malam. Menggegarkan seluruh syarikat dari Chiang Mai di Utara hinggalah ke ibu kota Bangkok dan menjangkaui Pattani di Selatan.

Usahawan-usahawan dan pemain-pemain saham yang dahulunya kaya-raya kini jatuh muflis. Perusahaan yang mereka bangunkan dengan titik peluh selama ini sudah jatuh ke bumi. Bank-bank menyita asset syarikat. Malahan kerajaan Thailand sendiri tak mampu untuk menyelamatkan keadaan. Sehinggakan ada yang hilang pedoman, jadi kurang waras kerana tekanan dan paling teruk, ramai yang tekad untuk bunuh diri sebagai jalan terakhir keluar daripada masalah ini.

Malah, ada seorang broker yang bertindak menembak diri sendiri di hadapan bangunan stok saham namun tidak mati. Dia lumpuh sepanjang hidupnya.

Salah seorang usahawan yang terkesan dengan krisis kegawatan Ekonomi waktu itu ialah Sirivat Voravetvuthikun. Beliau pada ketika itu adalah seorang broker saham yang sangat berjaya. Pada saat kejatuhan wang Baht, beliau sedang membina sebuah projek kondominium.

Beliau sangat kaya dengan projek keliling pinggang. Dikatakan, pendapatan syarikat beliau menjangkau 150, 000 Baht sehari.

Hanya dalam satu malam, kesemuanya hilang. Beliau diisytiharkan bankrap kerana saham syarikatnya jatuh mendadak. Hutangnya mencecah 1 billion Baht. Ketika ini sudah tak mampu berbuat apa-apa.

Sehari selepas bankrap, beliau memanggil kesemua staf untuk satu meeting. Dengan nada yang sebak, beliau berucap. Beliau meminta maaf kerana terpaksa menutup syarikat sebagai jalan terakhir. Sudah tidak ada jalan keluar daripada kemelut ni.

Akhir meeting, 20 orang staf berjumpa dengan beliau. Mereka menyatakan taat setia dengan Sirivat. Mereka tidak ada hala tuju. Kebanyakan syarikat sudah muflis dan ditutup. Mereka merasakan tanggungjawab untuk berdiri bersama dengan bos yang telah membimbing mereka selama ini.

Balik ke rumah, Sirivat jadi tak tenteram. Mana lah duit dia nak ambil untuk uruskan kesemuanya. Beliau tak boleh mengecewakan staf-staf yang ada. Mereka perlukan kerja, perlukan gaji, perlukan duit. Beliau seorang usahawan. Pasti ada jalannya.

Ketika ini, isteri beliau datang memberikan sokongan dan idea. Apa kata, mereka turun ke jalanan untuk cari rezeki. Di sinilah tempat orang ramai berkumpul. Trafik yang banyak membawa demand yang banyak. Idea isterinya adalah mudah – kita jual sandwich.

Sirivat tak yakin dengan idea tersebut. Mana ada orang Thailand makan sandwich, katanya. Ini bukan makanan harian mereka. Kalau dia jual ini, mungkin boleh jatuh bankrap sekali lagi.

Namun, hanya itulah sahaja yang isterinya boleh buat pun. Mungkin selama ini bibik kat rumah tolong masakkan. Jadi mereka pun setuju untuk jual sandwich.

Esoknya, operasi dimulakan. Mereka beli roti dari Jepun yang terkenal di Thailand berjenama Yamasaki dan mula membungkus sandwich.

Dengan pakaian putih, topi dan kotak berisi sandwich digantung di leher, Sirivat Voravetvuthikun memulakan jualan. Kawasan pertama tumpuannya adalah di sekitar Hospital Besar Bangkok. Yalah, hospital ramai orang. Pesakit tak pernah surut. Dah ada pesakit, adalah pula pelawat. Hari pertama, beliau menjual 20 sandwich dengan harga 25 Baht satu. Kiranya beliau jana 500 Baht hari tu.

Sebagai seorang yang dah biasa dengan bisnes yang jana pendapatan banyak, beliau agak tertekan dengan hasil jualannya. Namun beliau tidak mahu berputus asa. Beliau memikirkan tentang 20 stafnya yang masih menyara keluarga mereka. Banyak perut perlu dijaga.

Hari kedua, beliau bangun lagi. Hari baru, fajar yang baru. Bersiap-siap untuk keluar berjuang. Targetnya kali ini, untuk jual lebih sandwich daripada hari sebelumnya.

Hari berlalau, bulan datang dan pergi, sandwich beliau semakin laris. Beliau menjadi terkenal di sekitar kawasan hospital sebagai Pak Cik jual sandwich.

 

 

 

Bisnes jualan sandwich beliau sudah maju dan mampu menjual sehingga 100, 000 sandwich setiap hari dibantu dengan 20 staf beliau yang setia. Banyak betul tu. Malah, beliau merupakan antara pembeli terbanyak roti Yamasaki dari Jepun.

Beberapa tahun selepas itu beliau membuka sebuah kedai kopi, juga di kawasan Hospital Besar Bangkok yang dinamakan Coffee Corner.

Beliau tidak duduk diam. Genap setahun, beliau tambah lagi produk. Kali ini, sushi. Ceritanya sama. Sushinya pun laris. Menariknya ialah beliau orang pertama di dunia yang buat sushi menggunakan beras perang. Sushi biasa gunakan beras biasa kerana di Jepun tak ada pengeluaran beras perang.

Lama-lama, beliau fikir perniagaan makan seperti ini tidak stabil. Berbahaya, kerana makan ini cepat rosak. Maknanya, kalau buat pagi ni, kena habiskan sebelum tengah hari. Petang produknya akan busuk. Ini semua mendatangkan kos.

Jadi beliau mula mencipta produk lain yang lebih tahan lama seperti keropok daripada beras perang dan jus dalam botol.

2009, beliau berjaya kembali tersenarai dalam stock market di Thailand dan mengembangkan kembali empayar yang pernah beliau cipta.

Kisah dramatik Sirivat Voravetvuthikun yang bangun setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan mendapat perhatian ramai. 140 media tempatan sudah menyiarkan cerita beliau. Malahan, CNN, CNBC, BBC WORLD, NHK menjadikan logo “B” dalam belon ciptaan beliau sebagai simbolik kepada kejatuhan nilai Baht pada 1997.

Beliau digelar sebagai “The Sandwich Man” oleh media antarabangsa. Pada 2003, beliau disenaraikan sebagai Asia’s Innovators of the Year.

Bagi beliau, kejayaannya pada hari ini tidaklah standing dengan apa yang pernah beliau kecapi. Namun, beliau sudah menunjukkan kepada peniaga seluruh dunia bagaimana kejatuhan kita pada hari ini adalah lorong pembukaan kepada satu lagi lorong.

 

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wahai Bani Terpilih, Apa Yang Telah Kamu Lakukan?

Lasagna Makanan Kesukaan Nabi?