in ,

Semak Sendiri Kiblat Kawasan Anda Petang Ini

Pada 28 Mei setiap tahun, kita boleh buat semakan kiblat sendiri. Ini kerana kedudukan Matahari akan tepat berada di atas Kaabah.

Oleh yang demikian, petang ini jam 5.16 kita boleh lakukannya bersama-sama ya. Syaratnya di kawasan kalian masih ada matahari. Ia kerana, kita perlu bayang tersebut untuk jadi penunjuk arahnya.

Semakan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut ya:

1. Pilih tempat yang hendak disemak dan pastikan ianya tidak terlindung dari sinaran cahaya matahari. Lebih elok jika ia berada di tanah yang agak lapang dan ada ruang.

2. Pacak satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia berdiri tegak (90°). Tak pula kau berdiri dan tengok bayang sendiri. Haih, bukannya boleh kira kreatif kau orang itu.

3. Pada tepat jam 5.16 petang, bayang akan terhasil daripada tiang tersebut. Terus tentukan arah bayang tersebut.

4. Arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.

5. Selain dari menggunakan tiang tegak yang dipacak, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini.

6. Jika terlepas tarikh hari ini, ada satu lagi tarikh yang kalian boleh semak. Ia juga berkeadaan sama, matahari tegak di atas Kaabah. Tarikhnya ialah 16hb Julai dan waktunya ialah 5.28 petang.

Selamat mencuba kawan-kawan.

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Sejarah Ringkas Solat Tarawikh Yang Perlu Kau Tahu

Srengenge Tersergam Hodoh Macam Setan – Satu Kritikan