in ,

Selamat Tinggal Iron Lady

Gambar : http://securiforce.com.my

Datuk Maznah Hamid atau The Iron Lady merupakan wanita pertama yang menguruskan syarikat kawalan keselamatan atau menyediakan pak guard kat Malaysia. Tokoh yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah ini memulakan operasi Securiforce Sdn. Bhd bersama suaminya pada tahun 1981 dengan bermodalkan rm5000 sahaja dan hanya lima orang pegawal untuk memulakan bisnesnya ini.

Keluarga dan pendidikan

Datuk Dr Maznah Hamid dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada tanggal 18 April 1955. Akibat berlakunya perpecahan dalam keluarga, beliau telah dibesarkan oleh datuk dan nenek beliau sejak berumur 5 tahun. Bersekolah di Sekolah Menengah Ayer Hitam, Kedah dan kemudian menyambung pelajaran dalam bidang linguistik. Juga memiliki Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State Univerity of New York. Selepas tamat belajar, beliau bekerja sebagai guru bahasa di beberapa tempat. Beliau kemudian berkahwin dengan Haji Shaheen Mirza Habib pada 11 Mac 1979 dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.

Memulakan bisnes

Beliau memulakan bisnes Securiforce Sdn. Bhd sambil masih menyandang beberapa tugas lain pada masa itu. Datuk Maznah bersama rakan kongsi iaitu suaminya sendiri, Tuan Haji Shaheen terpaksa melakukan semua tugasan menguruskan operasi, bill collector, dan meronda kerana kekangan untuk mengambil ramai pekerja. Ada juga pernah beliau menjadi pengawal semasa pekerja-pekerja mereka bercuti.

Dengan memulakan kerjaya hanya memberi khidmat Cash-In-Transit dan kini mempunyai lebih 50 buah cawangan dan lebih 4000 ribu orang pekerja. Securiforce bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Yang menariknya, semua syarikat yang ditubuhkan oleh Datuk Maznah tiada sebarang bantuan kewangan dari pihak bank. Berfalsafah ‘modal utama adalah diri sendiri’ ini mengendali perkhidmatan kargo, sistem gudang dan pengedaran bersepadu. Securiforce Transport dan Securiforce Technologies menawarkan perkhidmatan servis trak kontena keselamatan, pemasangan CCTV, electronic card access system dan kawalan pembakaran.

Kejayaan

Hasil kemajuan Securiforce, kini mempunyai beberapa buah anak syarikat dalam bidang hartanah. Selain itu, Datuk Maznah membina Maznah Motivational Centre (MMC) yang menawarkan perkhidmatan seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Beliau juga berjaya menerbitkan buku Motivasi Memburu Kejayaan bagi berkongsi rahsia kerjayaannya.

Aktif dalam pelbagai persatuan, beliau telah dilantik beberapa jawatan misalnya Vice President of the Women World Entreprenuer Association (FCEM) dan Presiden Kehormatan Usahawan & Peniagawati. Dengan kejayaan yang dilakukan, Datuk Maznah pernah menerima anugerah antaranya Anugerah Tokoh Usahawan, Anugerah Wanita Kehormat UPM, Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 dan banyak lagi.

Pada 4 Oktober lalu, Datuk Maznah telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung pada usia 62 tahun. Beliau mengalami komplikasi injap di bahagian jantung yang mengeras akibat kalsium yang berlebihan. Al-Fatihah buat beliau.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Aristotle Cakap Kau Tak Ada Rakan Sejati

Alam Sedang Merintih Terseksa Dalam Filem mother!