, ,

Selamat Tinggal Bapa Pac-Man

Pada 30 Januari 2017, Bandai Namco mengumumkan Masaya Nakamura, “Bapa Pac-Man” meninggal pada umur 91 tahun. Tarikh kematian, 22 Januari 2017.

Siapa tak tahu Pac-Man? Pac-Man ni termasuk dalam pop culture kot. Tapi ramai tak kenal Bapa Pac-Man.

Pada 1955, ekonomi Jepun baru nak pulih dari Perang Dunia II, Masaya Nakamura tubuhkan Nakamura Manufacturing (Namco). Asalnya jadi pembekal kiddie rides. Alaa, yang dalam mall selalu tu. Masukkan berapa sen nanti kereta bergerak.

Selepas berjaya jadi pembekal kiddie rides, Namco berkembang jadi arcade games pada 1970an.

Pada 1980, Nakamura memperkenalkan Pac-Man dan Toru Iwatani, salah satu jurutera dari Namco adalah developer game Pac-Man.

Pada awalnya nama game ni “Pakkuman”. Sebabnya paku-paku ialah bunyi Pac-Man semasa ia makan hantu dan dots. Di Amerika pula namanya ialah Puck-Man. Tapi disebabkan manusia ni kekadang tersilap ataupun suka sangat tukar “P” kepada “F”, jadi Nakamura tukarkan nama game tersebut kepada “Pac-Man”.

Masa zaman Pac-Man keluarkan, game arcade paling terkenal adalah “space shooters”. Paling senang aku boleh bagi contoh, “Space Invaders”. Jadi, Pac-Man ni berjaya buat satu genre baru dan ia juga merupakan salah satu daripada game terbesar pendapatannya sepanjang zaman.

Bukan setakat Pac-Man saja diorang keluarkan. Game lain yang terkenal adalah “Tekken” (1994). Siapa main PlayStation, game ni salah satu yang wajib kena ada.

Terima kasih Masaya Nakamura, kerana bawa Jepun kembali untuk memeluk keseronokan selepas kekalahan yang merugikan Jepun dalam Perang Dunia II. Dan terima kasih kerana memperkenalkan Pac-Man ke seluruh dunia.

Anas Zainal Abidin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Melawan “Sexual Predator!”

Rupanya Berbeza Felda Dan FGV