in ,

Selamat Menduduki Takhta, Ketua Menteri Sarawak!

Mesti ada yang tak tahu Sarawak dah ada Ketua Menteri baru. Itulah, tengok TV setakat drama pukul 7 ja. Berita lepas tu tak tengok. Memang la berita lepas drama tu banyak cerita hal Selangor saja tapi ada juga tentang isu lain.

Salah satu isu yang ada ialah Ketua Menteri Sarawak yang baru. Setelah kematian Tan Sri Adenan Satem, jawatan Ketua Menteri Sarawak diisi oleh Datuk Amar Dato’ Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Ini beberapa fakta tentang Datuk Abang Johari Openg yang perlu kau tahu:

1) Dilahirkan di Limbang, Sarawak pada 4 Ogos 1950.

2) Merupakan anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg Abang Shapie dan Toh Puan Dayang Hajjah Masniah Abdulrahman. Bapanya adalah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama dari tahun 1963 hingga 1969.

3) Berkahwin dengan Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang selama 38 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Abang Abdillah Izzarim, 37 dan Dayang Norjihan, 35.

4) Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching.

5) Menyambung pelajaran di Universiti Brunnel, United Kingdom dan mendapat Masters dalam Pengurusan Perniagaan di sana.

6) Sebelum Terbabit dalam politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.

7) Mula aktif dalam politik bermula 1977.

8) Pada 1981, menang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok

9) Pada 1982, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud

10) Pada 1984, dilantik sebagai Menteri Muda Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Masyarakat

11) Pada 1987, dilantik sebagai sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian

12) Pernah menjadi Menteri Pelancongan pada 2000 dan Menteri Pertahanan pada 2004

13) Ahli politik Melayu dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak, Malaysia. Beliau juga merupakan ADUN Satok selama sembilan penggal berturut-turut iaitu pada tahun 1981, 1983, 1991, 1996, 2001, 2006, 2011 dan 2016.

14) Beliau juga ahli politik yang paling senior di dalam PBB dan di negeri Sarawak.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah sebulat suara untuk menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 Januari 2017.

Beliau mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Sarawak.

Semoga Datuk Johari Abang Openg dapat meneruskan legasi Tan Sri Adenan Satem dalam pentadbiran dan terus memajukan Sarawak dan rakyat Sarawak khususnya.

Mustaqim Mustapa

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Manusia Paling Berkuasa Di Dunia 2016

10 Tempat Terbaik Untuk Bisnes Pada Tahun 2016