in

Sebelum Nak Melancong, Pastikan Kau Selesaikan Hal Ini Dahulu

Status tahun 2017 ini rasanya elok kita mulakan dengan bercerita mengenai keadaan ekonomi diri sendiri dan juga negara. Almaklumlah bahawa tahun 2017 sekali lagi akan memberikan cabaran kepada kita semua kerana secara realitinya kita berdepan dengan cabaran ekonomi yang serius. Sebab itu perlu aku katakan bahawa kita semua kena perlu bersedia dalam menghadapi keadaan semasa yang sangat getir.

Baru-baru ini ramai kawan-kawan yang menerima emel atau makluman tercinta dari ayahanda pinjaman kita iaitu PTPTN. Secara sengaja barangkali kita dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah tunggakan yang perlu kita lunaskan atau kita akan disenarai hitamkan. Maka teriok la kawan-kawan kita semua dek kerana tidak dapat lagi pergi melancong kerana telah disenarai hitamkan. Kebanyakan yang dimaklumkan mengenai tunggakan ini adalah mereka yang telah menukar pinjaman mereka daripada konvensional kepada konsep yang lebih Islamik (Ujrah).

Yang menghairankan ialah kenapa tunggakan ini hanya dimaklumkan dan bukan ketika pertukaran status pinjaman tersebut. Dan amaun tunggakan itu bukanlah sedikit bahkan mencecah ribuan ringgit. Dengan keadaan ekonomi sekarang, kebanyakan daripada kita tidak mampu untuk melunaskan tunggakan tersebut dan pastinya status kewangan mereka terjejas dalam usaha untuk melunaskan tunggakan tersebut. Bab PTPTN ni rasanya semua orang tidak puas hati tapi yerla nak buat macamana, hutang perlu dilunaskan.

Bila kita dah kena senarai hitam, bukan sahaja kita tidak boleh pergi melancong, malahan ianya akan memberi kesan kepada apa-apa pinjaman yang kita hendak lakukan seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan malahan pinjaman peribadi.

Sebab itu aku kata adalah perlu untuk kita sentiasa menyemak status kredit kewangan kita supaya dapatlah kita pergi melancong dengan suka ria.

Terdapat beberapa cara untuk kita menyemak status kredit kewangan kita antaranya dengan pergi ke Bank Negara tapi secara realitinya sukar untuk kita pergi kesana dengan komitmen kerja dan menghadap jem ya amat. Lagipun zaman sekarang zaman cyber, so lebih molek kita gunakan kemudahan yang ada untuk menyemak status kredit kewangan kita dan kita juga boleh tau penilaian status kredit kewangan semasa kita.

Ok, apa sebenarnya matlamat status penilaian kredit kewangan kita ni. Sebenarnya ianya berkait dengan permohonan apa-apa pinjaman kewangan. Kalau hidup kau semua guna wang tunai je memang tak perlu la benda alah ni. Tetapi memandangkan boleh kata hidup kita semua akan berkait dengan pinjaman kewangan, maka disinilah kepentingan penilaian kredit kewangan ini.

Selalunya apabila kita memohon apa-apa pinjaman kewangan, pihak bank dan institusi kewangan akan melihat status kredit kewangan kita dalam menilai sebarang permohonan. Antara Biro Kredit yang memberikan maklumat ini adalah CTOS dan mereka ini akan memberikan maklumat kepada pihak berkenaan dalam melaksanakan penilaian. Ya, laporan status kredit kewangan ini sebenarnya akan membantu pihak bank atau institusi kewangan keputusan terhadap apa-apa permohonan kewangan kita.

Sebab itu adalah penting supaya kita mempunyai status kredit kewangan yang sihat sebab dalam hidup kita ni memang penuh dengan pelbagai pinjaman. Jadi antara usaha kita adalah sentiasa menyemak status kredit kewangan kita.

Ok, cara pertama adalah melalui laman web ini

a) https://www.creditbureau.com.my/default.jsp

b) Kau amik pautan Self Enquiry Report https://www.creditbureau.com.my/4-1.jsp

c) Kau klik dekat Individual Report

d) Ikut langkah yang diberikan dan selesai 🙂

e) Kena bayar la bang, RM10.60 je termasuk GST.

f) Dokumen mudah yang kena ada hanyalah IC, Lesen Memandu dan Bil TNB/Air

 

Ok, cara kedua adalah melalui laman web ini

a) http://www.ctoscredit.com.my/

b) Kau klik sign up dan isi la maklumat diri.

c) Selesai dan kau boleh lihat status kredit kewangan.

d) Takkan kena bayar, mestila percuma tapi untuk kali pertama je la.

e) Lepas itu kena la bayar untuk dapatkan status kewangan terkini.

Jadi aku harap benda ini akan membantu kita dalam menyemak status kredit kewangan kita.

 

Shahril Shah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Cara Ambil Gambar Pro Gaya Wartawan

Berjaya Buat Jualan RM1 juta Sehari, Ini 10 Perkara Yang Saya Belajar Dari Pengerusi Mofaz