in ,

S. Kumar – Daripada Pembaca Meter Ke Pentas Dunia

Image: nst.com.my

Kau tahu tak S.Kumar, penjaga gol hoki Malaysia dan baru-baru ini memenangi anugerah penjaga gol terbaik kejohanan Liga Hoki Dunia dan sebelum itu pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Asia 2010 hanya bekerja sebagai Pembaca Meter di Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ya, kerjaya sebagai pemain hoki bukanlah sepenuhnya profesional, tetapi semangat dan perjuangan mereka sangat profesional.

Gaji mereka bukan mencecah sehingga puluhan ribu seperti pemain bola sepak Malaysia yang kerjanya siang malam pagi petang hanya bermain bola sepak sahaja.

Walaupun perbandingan antara pencapaian pelbagai jenis sukan ini tidak wajar dibuat atas beberapa faktor seperti kompetitif, tahap kesukaran, keperluan latihan dan sebagainya tetapi apabila perbandingan dibuat atas dasar semangat dan tahap profesionalisme sudah tentuiah akan menjadi relevan dan perlu dilihat dengan teliti.

Sewajarnya memiliki liga dan pasukan sepenuhnya profesional, tahap permainan dan pencapaian juga mampu menjadi cermin kepada keadaan ini.

S. Kumar wajar dijadikan contoh kepada semua atlet negara dan semangat jelas mampu mengatasi wang jika kita mahu melakukannya demi negara dan pembangunan kemahiran sendiri.

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Selamat Hari Raya, Rockers Sekalian!

Penyatuan Dua Waris Taikun