Resepi Nasi Kabsah Yang Kau Suka Sangat

Aku bukan jenis sembang.

Kalau aku kata nak bagi, aku bagi betul-betul power punya. Hari ini kita bercerita tentang nasi Kabsah.

Nasi Kabsah ni apa? Sejenis makanan arab berasaskan nasi. Resepi yang aku kongsi ini bukan copy paste dari internet. Tolong sikit. Tapi aku keluar bersama kawan arab aku (orang Jordan).

Kami masak dekat kebun zaitun depa di kampung Rajib, Ajloun selepas seharian pusing sekitar kampung-kampung berdekatan.
Kau dah kat dapur?
Jom mula!

Take note: Resepi yang aku nak bagi ni untuk 1 kg beras je tau.

Bahan-bahannya :

1 kg beras basmati
1 ekor ayam (potong 6 ke 8)
2 sudu besar pes tomato
4 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji cili besar (hiris nipis)
1 biji terung (potong dadu)
2 biji limau hitam/kering (ketuk)
2 helai daun ghar (daun salam)
10 biji lada hitam
1 sudu besar garam
2 sudu kecil rempah kabsah
1 ikat daun parsley (potong halus)
Kacang tanah
Sedikit bara arang

15042000_219776745126167_5223474260673588706_o

Mula-mula kau basuh ayam dan gaulkan dengan tomato puri. Yang hijau tu hirisan lemon. Yang ni optional tau. Kalau kau suka rasa masam pada nasi, kau perahkan sikit.

15025492_219776751792833_7005140662730366018_o

Goreng bawang yang dipotong dadu dengan minyak masak sampai layu (sesetengah orang suka yang garing).

Aku tak sempat nak ambil gambar masa tengah goreng sebab masa ni kawan aku suruh ambil gambar kebun dia.

Selepas tu kau masukkan semua rempah yang macam dalam gambar ni.

Limau kering
Daun ghar
Lada hitam
Rempah kabsah

15137461_219776775126164_857394552923983362_o

Masukkan ayam ke dalam periuk. Tambah air sehingga ayam tenggelam penuh. Takut dia hidup balik. Kahkahkah

15025605_219776821792826_1237699172111143245_o-1

Setelah menggelegak, kau masukkan terung dan cili besar. Biarkan sehingga ayam masak.

15068501_219776925126149_7120574321321030200_o

Sementara kau tunggu ayam masak, pergilah basuh beras sambil menyanyi lagu,

“Hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi mana hang pi manaaaaa.”

15042019_219776988459476_7067064820196036490_o

Bila ayam dah masak, kau asingkan ayam tersebut untuk digoreng sekejap lagi.

15129560_219777015126140_6492509761099485826_o

Ayam yang diasingkan tadi kau goreng sampai garing. Selepas habis ayam digoreng, kau goreng pula kacang tanah.

15123044_219777038459471_4146165677790953668_o

Kemudian kau terus masukkan beras yang kau basuh tadi ke dalam periuk.

15129487_219777061792802_3116825232852794499_o

Kacau perlahan-lahan supaya beras tak hancur. Kalau hancur jadi bubur la pulak.

15111127_219777081792800_2899234048237788522_o

Ha. Yang ni tips untuk kasi nasi bau power. Bila nasi tadi dah hampir masak, kau letakkan mangkuk yang berisi minyak dan bara arang di tengah-tengah periuk dan tutup supaya asap terperangkap.

15123190_219777125126129_6730399502627153326_o

Nasi pun dah masak. Apa lagi, tuang la nasi tu atas talam.

Jangan bagi sebutir nasi pun tumpah, sebab sebutir nasi seperti setitik peluh petani.

15068965_219777135126128_8244217191273351880_o

Kau susun ayam goreng tadi cantik-cantik. Baru ada culture.

Arab style!

15128825_219777158459459_1004201914417006977_o

Taburkan kacang goreng.

15037180_219777178459457_7771806035163075801_n

Taburkan daun parsley yang kau dah hiris atas nasi.

Nasi Kabsah siap!

Matt Jiim

Leave a Reply