,

Resepi Kek Pisang Ini Edisi Wajib Cuba!

Nanti kau balik, singgah terus ke kedai runcit beli pisang. Pilih yang dah betul-betul masak. Yang dah berbintik hitam. Itu lagi sedap jika nak buat kek pisang.

Yang abang buat ini, sedapnya bukan nak kata bongkak. Memang sungguh. Sebab abang bubuh mentega kacang (peanut butter) dan caramel. Buatnya pun senang bukan main. Sambil kau lompat bintang buat freeletics pun boleh jadi sedap juga.

Kek Pisang Mentega Kacang (Banana Peanut Butter Cake).

Bahan-bahannya ialah:

6 biji pisang montel yang dah masak ranum. Boleh juga ganti pisang lain.
1 setengah cawan tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik.
3 sudu besar caramel,
1/2 cawan susu segar,
125gm butter,
1/2 cawan gula perang,
2 biji telur
2 sudu besar mentega kacang creamy
3 sudu besar mentega kacang crunchy

15094312_10211482567965737_5355123973006849926_n

Kau buang kulit pisang ini dulu. Bubuh dalam besen ungu macam biasa.

15094294_10211482568165742_5093086024689900132_n

Kemudian kau lenyekkan pisang itu. Bayangkan muka ex kau.

15170757_10211482568325746_5186677231121548429_n

Dalam masa sama kau cairkan butter. Ikut kaulah nak cairkan macam mana. Jemur bawah matahari pun boleh.

15134674_10211482568485750_7711429233036515147_n

Lepas itu kau masukkn telur dan pukul. Selepas itu kau masukkan mentega kacang yang chruncy. Lagi banyak lagi sedap. Haha

15171105_10211482569285770_5953484007426477324_n

Kemudian kau masukkan karamel. Guna whisk untuk pukul.

15095688_10211482569325771_9181924338894283231_n

Masukkan gula perang pula. Kacau lagi.

15109588_10211482569605778_3271845710076168648_n

Sudah cair butternya, kau masukkan butter tadi. Kacau lagi.

15193585_10211482569645779_4331514450688306648_n

Lepas itu kau masukkan susu dan tepung yang kau dah masukkan sekali serbuk penaik. Pukul lagi. Nak guna spatula pun boleh.

15094385_10211482570125791_8527344470031051685_n

Ha dah kenapa jadi kuning.

15094345_10211482570285795_168163283247312435_n

Buh dalam loyang yang ada, bakar dengan suhu 190′ selama 35 minit.

15107194_10211482570605803_4581381537971011285_n

Lepas dah siap bakar. Kau keluarkan dari ketuhar dan cepat-cepat ambil dalam 2 sudu besar mentega kacang yang creamy, buh atas kek. Kasi dia cair sendiri.

15170841_10211482570805808_9091336519989521852_n

Taraaaa!

15085658_10211482571005813_7509893195436793962_n

Lepas itu kau buh pula caramel. Kahkah.

15192548_10211482571245819_950922479045096866_n

Potong! Waaarghhh sedap woih

15085501_10211482571485825_8715008872296301127_n

Selamat mencuba!

Share sahaja jika suka. Tak usah pening nak taip mohon mohon. Kahkah.

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Aung San Syu Ki, Kau Memang Tak Suci!

Boikot! AFF Myanmar Bukanlah Yang Pertama, Kalau Kau Nak Tahu