,

Bagaimana Nak Buat Nuget Ayam Yang Lembut Macam Di Kedai (Tanpa MSG Semestinya!)

Cuba kau rasa. Sedap. Tengok ayam itu, masih nampak lembab, kan? Tak kering. Dan isinya itu saaaaaangat lembut. Manakala ruang permukaan / luar, sangat rangup. Budak-budak memang suka. Makan pula dengan mayonis dan cili sos. Peh. Bertambah! Selamat mencuba kawan-kawan!

Petang-petang begini buat snek sihat untuk anak-anak best juga kan. Cewah, sihatlah sangat. Kahkah.

Sudah lama sangat saya tidak kongsi makanan untuk anak saya. Oleh kerana seluruh anak di dunia ini sangat sukakan ayam goreng dan nuget ayam, maka saya masakkan untuk beliau begini. Gabungan ayam goreng dan nuget. Haha macam power sahaja kan.

Namanya ialah Ayam Buttermilk. Kau googlelah apa dia buttermilk itu.

Bahan-bahannya ialah:

Dua keping dada ayam,
1 cawan susu segar,
1/2 biji perahan lemon,
1 senduk tepung jagung,
1 senduk serbuk roti (yang kuning),
1 sudu besar serbuk kunyit,
1 sudu kecil serbuk oregano,
1 biji telur,
sedikit garam (jika kau suka).

Kau hiris dada ayam nipis-nipis lebih kurang 1/2-1cm. Lebar dalam 1 inci cukup. Ah ikut kaulah.

Nak guna ayam begini pun boleh. Tak ada masalah. Kalau kau tanya boleh tak guna ikan, udang, kerbau atau buaya, itu abang tak tahu. Tak pernah guna lagi.

Lepas itu, kau letak dalam taperware mahal. Tuangkan susu segar dan perahkan terus lemon, kalau kau suka nak letak garam, letak masa ini. Inilah buttermilk buatan sendiri. Di pasaraya ada sahaja jual. Kenapa nak rendam dalam buttermilk? Aha, inilah rahsia nak beri ayam atau nuget kita itu sentiasa moist, atau sentiasa lembab dan lembut. Haaaa best, kan? Kacau rata dan tutup. Simpan dalam peti ais lebih kurang 2 jam. Kahkah, abang jadi 4 jam. Gas habis. Kahkahkah.

14718597_10211174823632321_603356659759515003_n
Sambil-sambil tunggu Baiya hantar gas, kita siapkan bahan lain. Pecahkan sebiji telur begitu, letak dalam 1 mangkuk. Kemudian, serbuk roti (yang kuning) 1 mangkuk. Serta tepung jagung, oregano dan serbuk kunyit 1 mangkuk.

Gas dah sampai, kau panaskan minyak. Abang suka goreng guna periuk. Masaknya rata dan lawa. Cewah.
Gas dah sampai, kau panaskan minyak. Abang suka goreng guna periuk. Masaknya rata dan lawa. Cewah.

Lepas itu gunakan jari telunjuk dan ibu jari kau pegang ayam sehiris itu. Sehiris eh? Haha. Angkat, dan ambil gambar. Kahkahkah.
Lepas itu gunakan jari telunjuk dan ibu jari kau pegang ayam sehiris itu. Sehiris eh? Haha. Angkat, dan ambil gambar. Kahkahkah.

Kemudian, celup dalam bahan tepung dahulu.
Kemudian, celup dalam bahan tepung dahulu.

Kemudian, celup dalam telur.
Kemudian, celup dalam telur.

Kemudian gaul dalam serbuk roti.
Kemudian gaul dalam serbuk roti.

Terus masuk dalam minyak panas. Kalau kau nak sangat sihat, bakar pun boleh. Suhu 180' selama 20-25 minit.
Terus masuk dalam minyak panas. Kalau kau nak sangat sihat, bakar pun boleh. Suhu 180′ selama 20-25 minit.

Kau janganlah goreng seketul-seketul. Goreng banyak-banyak. Kalau seketul, esok baru habis dik.
Kau janganlah goreng seketul-seketul. Goreng banyak-banyak. Kalau seketul, esok baru habis dik.

Tadaaaa, dah keperang-perangan, angkat dan toskan.
Tadaaaa, dah keperang-perangan, angkat dan toskan.

Siap.
Siap.

Cuba kau rasa. Sedap. Tengok ayam itu, masih nampak lembab, kan? Tak kering. Dan isinya itu saaaaaangat lembut. Manakala ruang permukaan / luar, sangat rangup. Budak-budak memang suka. Makan pula dengan mayonis dan cili sos. Peh. Bertambah! Selamat mencuba kawan-kawan!
Cuba kau rasa. Sedap. Tengok ayam itu, masih nampak lembab, kan? Tak kering. Dan isinya itu saaaaaangat lembut. Manakala ruang permukaan / luar, sangat rangup. Budak-budak memang suka. Makan pula dengan mayonis dan cili sos. Peh. Bertambah!
Selamat mencuba kawan-kawan!

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Takkan Melayu Dicopet Di Madrid

Bagaimana Hadiah Boleh Bertukar Kepada Doa Yang Makbul