in ,

Rahsia Jual 3 Buah Kereta Sehari Dalam Masa 15 Tahun Gaya Joe Girard

Gambar : https://www.pinterest.com

Bagaimana Leaki ini berjaya menjual kereta sebanyak 3 buah sehari dalam masa 15 tahun ?

Saya yakin ramai sudah tahu cerita Joe Girard. Kisah kejayaan ‘orang gila’ ini dicatatkan dalam Guiness Book of Record. Tetapi saya juga yakin masih ramai yang suka membaca tentang beliau.

Berikut adalah kesimpulan rahsia dalam aktiviti penjualan Joe Girard.

1. Santai tetapi alert.

Joe berkata, usah terlalu serius dalam melakukan jualan. Kerja pemasaran itu perlu dimulakan awal dengan penuh santai. Tetapi pada masa yang sama kita perlu peka terhadap keperluan pelanggan.

2. Senyum, bercakap dan berikan perhatian.

Ujar Joe lagi, ini merupakan senjata penjualan paling ampuh. Apabila pelanggan sudah selesa dan suka dengan kita. Urusan berikutnya akan jadi mudah. Mulakan dengan senyuman, berbual dan tunjukkan keprihatinan kita.

3. Segera tangani keluhan pelanggan.

Ini adalah bahagian paling sukar, kata Joe. Namun inilah proses yang menaikkan lagi kredibiliti kita. Pelanggan hanya mahu masalah mereka diselesaikan, mereka tidak suka menunggu. Kita perlu bijak dan cepat menguruskan emosi golongan ini.

4. Tidak membawa masalah peribadi ketika mahu bertemu pelanggan.

Joe menegaskan, beliau sekali-kali tidak akan keluar berjumpa pelanggan ketika sedang stress. Beliau akan pastikan proses perjumpaan ini berjalan dengan, tenang dan penuh keterujaan. Ini mungkin kelihatan kecil, tetapi pelanggan boleh merasainya.

———–

Joe Girard bukan orang yang hebat di permulaan. Beliau hanya budak miskin yang tidak habis sekolah. Namun, Joe mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.

Joe terlalu yakin dan optimis terhadap apa sahaja yang beliau usahakan. Joe tidak pernah menjual kereta, tetapi dia selalu berjaya memberi bayangan keindahan pemanduan kereta itu kepada pelanggan.

Joe menjual impian dan imaginasi kebahagiaan. Beliau melakukan ini dengan gembira, beliau juga percaya semua prospek mempunyai potensi untuk membeli sebuah kereta.

Belajar sesuatu daripada kisah Joe ?

Tag dan share dengan kawan kawan kita.

Salam Sukses.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
Kongsi Cerita.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Menangis Kerana Babi

Selamat Hari Peneroka Warga Felda!