in ,

Push-Pocket Di Kuala Lumpur

Kami pasti anda semua pernah mendengar tentang ‘pick pocket’, namun begitu terdapat satu jenayah baru dikenali sebagai push-pocket.

Seseorang memasukan telefon bimbitnya atau mungkin dompet dengan kad pengenalan berisi beberapa ringgit ke dalam poket anda.

Beberapa minit kemudian, ‘Pemilik’ barangan itu muncul dan berhadapan dengan anda yang kini telah menjadi ‘Pencuri’. Dia membuat kekecohan besar dan mendakwa anda mencuri barang miliknya.

Anda ditangkap dan ditarik ketepi oleh ‘Pemilik’ itu untuk mencari jalan penyelesaian. Anda diancam oleh ‘Pemilik’ barang berkenaan dengan ugutan jika tidak membayar kembali, laporan polis akan dibuat dan anda akan ditangkap sebagai penjenayah. Namun jika anda bersetuju untuk membayar, anda akan dilepaskan.

Satu hal yang terlalu pelik ialah sentiasa akan anda ‘saksi’ yang melihat anda ‘mencuri’. Kami diberitahu kejadian seperti ini sering menimpa orang asing di KLIA atau di stesen LRT.

Di KLIA, ‘Pemilik’ melontarkan telefon bimbit dan dompet dengan beberapa ringgit ke dalam troli bagasi penumpang yang baru tiba.

Drama akan bermula selepas beberapa minit dan penjenayah ini dengan mudah meyakinkan pihak polis untuk menangkap anda yang sebenarnya mangsa (jika anda enggan membayar wang seperti diminta penjenayah berkenaan).

Ini adalah perkara yang sangat serius dan dianggap sebagai satu bentuk pemerasan yang berlaku di siang hari. Mereka yang melakukan jenayah ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dari anda. Mereka mendapat kembali wang dan telefon bimbit yang dijadikan umpan, tetap anda bukan sekadar kerugian wang ringgit, tetapi jika keadaan menjadi lebih buruk anda mungkin akan bermalam di lokap polis dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencuri.

Untuk itu, berhati-hatilah jika anda berada di tempat awam, khasnya di hentian-hentian pengangkutan awam di ibu kota. Anda mungkin akan berubah menjadi ‘Pencuri’ dalam sekelip mata dan gagal untuk membuktikan diri sendiri sebagai tidak bersalah.

Sampaikan pesanan ini supaya lebih ramai orang tahu tentang jenayah menjijikkan ini.

Geh Cheng Lok & Co, Advocates & Solicitors

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Apa Yang Mempengaruhi Bahan Bacaan Kau?

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-29