in ,

Pulau Pinang Banjir Kilat, Hampir 80 Kawasan Terjejas

Gambar : https://www.nst.com.my

Beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang telah dilanda banjir kilat setelah berlakunya hujan lebat dan angin kuat lebih 5 jam bermula sekitar jam 2 petang Sabtu lepas. Air setinggi 0.2 meter hingga 0.5 meter dan puluhan pokok tumbang telah dilaporkan.

Gambar : https://www.nst.com.my

Hujan lebat yang berterusan serta paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang menyebabkan hampir 80 kawasan terjejas akibat banjir.

Antara kawasan yang terjejas banjir ialah sekitar kawasan Bayan Lepas, Pulau Betong, Teluk Bahang, Seberang Jaya dan Tasek Gelugor.

Gambar : https://www.bharian.com.my

Sekurang-kurangnya 18  pusat pemindahan banjir sementara telah dibuka di tiga daerah di Pulau Pinang bagi menempatkan hampir 400 mangsa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) yang dijangka berterusan hingga Ahad.

Gambar : https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/1464786856904606

Takziah dari Apemazing.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Sebagai Balasan, Akan Ku Jaga Dia Seumur Hidupku

Kau Anggap Autisme Ada Satu Jenis Je?