, ,

Pilih Kasut Sedap Untuk Kau Jogging

Memandangkan aku dah alami kejutan budaya dengan hobi berlari ni, aku sibuk ambil tahu itu ini. Itu ini yang aku sibukkan selama ni aku sibuk nak tahu berapa jauh dan berapa laju tiap masa setiap Runner ni dah buat. Tapi bila sebut Runner ni, kadang kala rasa macam Runner hat hantar barang tu pula. Haha

Aku memang respect betul Runner yang boleh lari jauh, boleh lari laju, samada 2 aspek ni bergabung atau terasing. Tak kisahlah. Paling baru aku kenal ada Auntie berumur 55 tahun, dah 6 kali Full Marathon, beberapa kali Ultra Marathon. Nak menangis aku dengar dia punya handal tu. Aku? Masih 10km kah kah kah. Ok letak tepi dulu bab jarak ni. Benda ni subjektif, dan ada otai kata, “misi setiap orang tak sama, jangan DNF sudahlah.” Otai tak otailah, dia pernah jadi Pacer jemputan dan 10km dia 42 minit. Ini pun dia terlepas cakap. Bab DNF tu, Aku tak tahu DNF apa. Malas aku nak google.

Aku perhati, topik kasut apa nak pakai ni memanglah selalu sangat diborakkan dikalangan Runner ni.

“Kasut aku kasut ni, power ni, lari pun sedap. Syahdu je rasa!”

Macam-macam lagi aku dengar pendapat yang diutarakan. Diselatankan masih belum pasti, sebab tuan punya badan hanya jawab,

“Patik hanya menjunjung titah Tuanku.”

Aku pula beli kasut ikut sedap mata memandang selain dari rasa ringan kasut tu. Memang tak ikut langsung cara betul memilih dan memakai kasut ni.

Tapi, sebenarnya, sebelum pergi lebih jauh pasal kasut apa yang patut dipakai oleh seorang Runner ni, kita tengok dulu ilmu cara ikat kasut, ada otai yang beritahu,

“Tengok, cara ikat kasut pun salah, memanglah jari kaki tu akan luka.”

Aku diam je dengar. Iyalah otai yang kata, apa yang dia nampak manalah aku tahu ye tak?

“Eyelets” tahu apa tu “eyelets”?

Tempat tali kasut kita tu lalu. Ha, itulah “eyelets”. Kalau nak ikutkan, cara ikat kasut ni dipengaruhi juga bentuk tapak kaki. Bukan main details lagi. Tapi apa yang aku nak kongsikan ni, ialah cara paling basic, tak kisah kasut apa kita pakai, bagaimana bentuk kaki apatah cara ikatan engko tu. Cuma, cara nak mematikan tali kasut ni perlu diamalkan. Ya perlu.

 

Couple “eyelets” yang akhir paling dekat dengan kaki.

 

Couple “eyelets” pandangan dari luar.

 

“Stopper” yang akan buatkan lidah bersandar saja pada kaki dan elakkan kaki kita dari tergelongsor dalam kasut.

 

Pada “eyelets” yang paling hampir dengan kaki tu, ada couple “eyelets”. Perasan tak? Aku tak pernah tahu bab ni sampailah diberitahu. Aku ingat itu sekadar hiasan. Hm

Gunakan kedua-dua “eyelets” tu. Bukan satu je. Tali pada “eyelets” terakhir tu akan tadi “stopper” untuk lidah dan kaki kita. Dapat?

Cara ikatan ni bertujuan nak suruh lidah kasut kita tu betul-betul melekat pada kaki, apatah lagi kaki kita juga takkan tergelongsor ke hadapan dalam kasut tu. Sebabnya dah diikat seperti gambar tu. Tali terakhir tu bertindak sebagai “stopper” untuk kaki dan lidah kasut. Ha, ini sekadar pandangan newbie yang baru aktif berlari. Maaflah jika aku sebenarnya tersalah faham makna “stopper”. HAHAHA

Ok, dah tahu cara paling basic ikat kasut ni, bolehlah fikir nak pakai kasut apa pula!

 

Abdul Mu’iz Sharifudin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kisah Pembelotan Paling Berani Di Dunia

Apa Kau Perlu Buat Apabila PayPal Kau Dirompak?