in ,

Pesanan “Kurangkan Bercakap, Banyakkan Buat Kerja” Ini Relevan Untuk 100 Tahun Lagi

Aku percaya yang kebanyakan daripada kita ini bila cuba buat sesuatu, pasti akan ada orang yang akan cakap-cakap di belakang.

Buat baik dikutuknya, buat jahat apatah lagi. Kadang-kadang kita jadi buntu, kenapa orang tak suka aku ni? Apa yang aku buat ni tak kacau orang pun. Sedangkan apa yang aku lakukan ini dah tentu untuk kebaikan aku dan orang sekeliling aku.

Dan setiap kali cakap-cakap tu kembali kepada kita, kita mula jadi lemah, down. Rasa nak give up. Kita terikut-ikut, termakan dengan perkataan negatif orang-orang ni.

Dalam pada kita mula merendah diri, rupa-rupanya kita lupa, yang depa ni tak penting pun dalam hidup kita. Omongan kosong depa ni tak membantu sikit pun. Walau kadang-kadang aku rasa sampai nak berterima kasih kepada depa.

Cakap-cakap depa buat aku jadi semakin kuat. Depa ni setakat bercakap, sedang aku sentiasa berbuat.

Ada sebab kenapa Tuhan pilih kita untuk buat kerja, untuk melakukan itu ini. Ya, kita bukannya setakat sembang-sembang kencang.

Kita buat terus. Bagi jadi. Sampai bila kita sudah tunjuk hasil, mereka akan mula berundur sedikit demi sedikit.

Dan entah-entah, mereka ini akan datang tersipu-sipu nak belajar dengan kita. Waktu itu, kita pula kena cakap kepada mereka.

“Kurangkan bercakap, banyakkan buat kerja.”

 

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Fakta Yang Kau Perlu Tahu Tentang Hospital Sultanah Aminah

5 Prinsip Asas Perniagaan Dari Brian Hill Ini Bagus Untuk Semua Peniaga