Perkara Penting Kau Perlu Tahu Sebelum Berkunjung Ke MAHA 2016

Tips ke Maha 2016:

  1. Pakailah flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik-adik yang pakai kasut tinggi masa hari pertama.
  2. Bawa payung.
  3. Kalau bawa anak kecik bawa carrier atau stroller.
  4. Kena bersedia mental dan fizikal untuk berjalan jauh. Kurang sesuai jika nak bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi kalau ada kerusi roda ok.
  5. Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
  6. Bawa baby wipes, mana tahu emergency anak-anak poo dan toilet air perlahan.
  7. Bagi Muslimah, bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.
  8. Make sure hari yang plan untuk ke MAHA  tak ada plan lain-lain lepas tu. Biar sehari suntuk di sana so tak ada la rushing-rushing. Boleh jalan dan rehat kat mana-mana. Jalan lagi dan makan pula. Solat dan baru balik.
  9. Kalau rasa nak shopping banyak, nak beli pokok dan sebagainya, bawa troli siap-siap. Troli atau bakul pasar pun ok.
  10. Jangan segan makan tester. Alang-alang kat MAHA, rasa saja tester yang usahawan bagi.
  11. Parking untuk visitor RM5. Bayar di pintu nak keluar nanti
  12. Kalau nak beli makanan-makanan dulu, boleh parkir dengan masuk dari pintu yang dekat hospital Serdang. Tapi kalau nak beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke taman-taman, Perkampungan Mok Cun, Kampung Durian Runtuh, Upin Ipin, parkir di pintu besar highway SKVE dari Puchong menghala ke Bangi tu.
  13. Trem selalu penuh. Kalau rasa  tak larat jalan, parkir yang hujung-hujung parking lot. Jadi, di trem nanti kita nak naik ada lah tempat duduk. Kalau park depan-depan, trem penuh, depa lambai je kita nanti.
  14. Datang awal pagi pun tak apa. 9 pagi dah siap parking. Nanti pergi pun dengan hati tenang.
  15. Bawa beg besar sikit. Jadi barang-barang dibeli boleh sumbat dalam 1 beg. Tapi ada troli lagi bagus.
  16. Pastikan anak dalam pengawasan kita.
  17. Mana-mana anak-anak kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh sikit nak jalan.

Selamat mencuci mata di MAHA 2016!

Hawa Alias

Leave a Reply