in ,

Pengguna Uber Mesti Insaf Baca Kisah Pemandu Teksi Ini

Aku merasa terpanggil untuk berkongsi keperitan hidup brader teksi Mohd Faiz Hashim yang jadi kawan aku di Facebook ni.

Ya teksi. Yang sekarang ini makin tertekan sebab kita semua dah naik fed up dengan teksi dan kini beralih ke Uber atau Grab (aku salah seorang).

Tapi tak semua teksi tak boleh pakai. Ada yang bagus dan brader Faiz serta Aziz adalah antara contoh pemandu teksi yang bagus. Hari tu isteri dan anak aku pergi Krabi sendiri (sebab aku dah pergi terlebih dahulu) dan aku terpaksa tempahkan teksi ke KLIA untuk mereka. Jadi mestilah aku nak pastikan teksi yang anak isteri naik tu bukan dipandu oleh orang gila atau gangster entah mana.

Nasib baik aku berkawan dengan brader Faiz di Facebook dan aku tahu dia boleh dipercayai. Cumanya di saat akhir brader Faiz ni tak sihat, dan dia tawarkan kawan dia Aziz untuk bawa anak isteri aku ke KLIA, dengan jaminan khidnat brader Aziz ini adalah sebaik khidmat beliau sendiri. Alhamdulillah semua berjalan lancar, brader Aziz tu siap whatsapp aku bila anak isteri naik teksi dan whatsapp sekali lagi sebaik saja anak isteri dah selamat sampai KLIA. Dan dia guna meter. Aku pesan kat isteri, hulur tip lebih sikit.

Aku sendiri kalau naik teksi dan terjumpa brader teksi yang sopan, jujur, bersih teksinya dan guna meter; memang aku sendiri pun tak ada masalah nak bayar tambang berserta tip ‘buat minum teh’. Brader teksi pun senyum dan doakan kita murah rezeki sentiasa.

Masalah teksi Malaysia bukanlah bulat-bulat berpunca dari pemandu. Ada juga masalah yang berlaku ini berpunca dari faktor seperti berikut:

1) Monopoli permit teksi oleh syarikat kroni
2) Monopoli kenderaan teksi oleh pengeluar kereta nasional, yakni Proton
3) Bekalan NGV yang terhad kerana hanya disediakan oleh syarikat minyak Petronas

Brader teksi di jalanan saban hari bertarung nak lepaskan bayar sewa harian teksi, selain berdepan dengan masalah kenderaan yang teruk kualiti dan mudah jahanam. Sekarang bila Petronas pula dah mula tutup beberapa stesen NGV, brader teksi ni pula terpaksa beratur berjam-jam untuk isi gas sedangkan masa yang ada sepatutnya digunakan mereka untuk cari makan anak bini.

Jadi kau bayangkanlah tekanan yang terpaksa mereka hadapi setiap hari. Brader Faiz yang jadi kawan aku di Facebook ni rajin berkongsi cabaran dan dugaan beliau menjadi brader teksi, sampaikan isu NGV yang berlaku sekarang ni buat aku terpanggil untuk kongsikan bersama selepas terbaca status beliau mengenainya.

14976497_10154620690319323_3819406149596003022_o

 

Oleh itu, kalau kau ada keperluan menggunakan teksi (pergi KLIA contohnya), bolehlah hubungi dua brader teksi yang aku rekomen ini. Aku tahu diorang tengah perit berdepan dengan kos sewa dan NGV yang payah nak dapat, lepas tu bersaing pula dengan Uber dan Grab.

Sedikit tentang diorang yang aku tahu;

Brader Faiz ni selain bawa teksi, dia minat baca buku DuBook sebenarnya. Ya lah, berapa kerap kau pernah jumpa brader teksi yang minat membaca, dan membaca buku DuBook pulak tu. Selain dari tu aku suka baca status dia di Facebook yang banyak berkisar kisah brader teksi.

Brader Aziz tu pula, kalau kau jenis nak pemandu teksi yang macam Islamik sikit, aku rasa dialah orangnya. Kalau Whatsapp tu, memang dia mula dengan Assalamualaikum dan tutup dengan Insya Allah.

Dua-dua mereka ini adalah pemandu teksi yang baik, guna meter dan bersih keretanya. Mereka juga ada pengalaman luas sebagai brader teksi, tahu selok jalan dan berilmu.

Iya lah, kadang budak Uber atau Grab yang kita guna tu pun bukan boleh pakai sangat. Suruh datang pick up dia bantai sesat entah ke mana.

14907086_10154620690339323_9212678708853738850_n

Lucius Maximus

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

3 Comments

Leave a Reply
  1. brader teksi Faiz ni sebenarnya adalah bekas chef, disebabkan faktor kesihatan, beliau terpaksa mencari rezeki memandu teksi..

    & lagi satu, brader teksi ni jugak adalah seorang photographer yg hebat.. cuba ko tgk gmbr kat atas tu & gambar2 kat FB dia… saper boleh ambik gmbr yg cantik, siap good composition & exposure/lighting yg bagus kalau dia bukannyer photographer.. 🙂

  2. kadar cas teksi makin x berpatutan..sepatutnya persoalan tu di ajukan ke atas persatuan berkenaan..bukan pengguna…sy pena naik teksi dari KLIA ke hartalega yang jaraknya cume 5km dgn harga rm65.30???bukan guna kilometer..tapi kadar bayaran 36saat rm0.36..masa balik sy amik grab car..cume rm15..kadar kesesakan dan jarak adalah sama…beza rm50.30 kalo gune teksi biru…pengalamann mengerikan dalam idop sy naik teksi di KL tu

  3. masalah sama yang dihadapi ayahanda saya .. sewa teksi rm60 sehari . makin lama makin kurang orang naik teksi dengan masalah NGV nye lagi . nak pakai minyak 100% mmg haruu la ..
    nak cari duit lepas sewa pon setengah nyawa ..
    rasanya dah boleh salahkan syarikat teksi yang melampau nau cas sewa harian ..
    bawak teksi sebab nak cari rezeki , ehh terbalik teksi tu pulak yang jadi beban setiap hari ..

Leave a Reply

Bagaimana Minum Milo Jadi Sihat Dan Kuat Boleh Berada Di Semua Negara Seluruh Dunia

Buat Minyak Masak Sendiri Kalau Mahal