in ,

Pastikan Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah, Mereka Sudah Bijak Beradab, Pandai Menghormati

Gambar : FB Khairul Hakimin Muhammad

Dulu, bapa aku ini Guru Besar. Jadi semua cikgu susahlah nak kasi hukuman kalau kami buat nakal-nakal.

Sampailah aku darjah 3. Kelas aku dapat Ustazah Rainah. Beliau ini memang terkenal dengan sikap garang bukan main.

Hari itu beliau suruh semua berdiri atas kerusi. Siapa yang boleh tulis 1 perkataan dalam jawi, boleh duduk. Pakatlah semua yang terer ini pergi berlari ke depan tulis saya, kami, rumah, dan sebagainya. Semua senang-senang. Aku masih terpinga-pinga. Semua yang aku nak tulis, kawan aku dah tulis. Tak guna betul. Jadinya terpaksalah aku sambung berdiri.

Dah elok berdiri aku tersengih-sengih sebab kena ejek. Terus Ustazah keluarkan beg plastik. Dia suruh semua yang tak dapat tulis itu ambil benda dalam beg plastik itu dan masukkan ke dalam mulut.

Cis betul. Cili padi okey. Kenalah kemam sampai habis kelas gamaknya, bisik hati aku.

Elok kawan aku, Si Adan pergi kunyah depan dia. Dan telan tanpa sikit pun perasaan. Dia makan macam makan brownies. Macam sedap.

Ustazah Rainah terkejut. Dia terus cakap, “Awak ok tak? Ok semua, buang cili tu.”

Aku pun buang. Kahkah.

Sampai sekarang aku bangga dapat Ustazah Garang. Kalau zaman ini ada Ustazah guna cili, mahunya viral sampai kena buang.

Niatnya nak beri takut sahaja. Dan pada zaman itu, ketakutan membawa kepada ketaatan. Kesemua bentuk ketakutan yang jadi hukuman itu memberi lorong kepada sebuah usaha untuk berjaya.

Kena rotan, takut.
Kena hukum, takut.
Kena berdiri luar kelas, takut,
Kena sebat dengan paip, takut.
Kena herdik, marah, semua takut.

Memang ya. Nak nakal, nakallah. Namun, belajar kena belajar.

Sebab itu zaman dulu-dulu, nakal itu sebati dengan minda yang cergas. Zaman ini pula, nakal boleh jadi jahat jika tidak dibendung dari awal.

Buat para guru hari ini, teruslah mendidik dengan segala kudrat yang ada. Cabarannya bukan calang-calang.

Dan buat para ibu-bapa, hantarlah anak kepada sekolah untuk anak belajar. Namun, sebelum hantar, pastikan anak sudah bijak beradab, sudah pandai beri hormat.

Itulah kunci.

Zaman kita dulu, nakal hanya dengan kawan. Dengan cikgu, takut, hormat, sayang.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.
Dapat isteri makan cili begitu juga. Terkejut aku tengok.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tips Nak Bagi Kau Kurus

Vincent Van Gogh, Pelukis Agung Yang Mati Bunuh Diri