in ,

Parenting Skill Untuk Noob

Gambar : FB Aina Wafi

Sebagai orang bujang, tenang jelah aku belajar hal keibubapaan dalam kelas Parenting Skill and Family Management malam ni.

Untuk pengetahuan kau orang – sama ada yang belum kahwin atau baru saja berkahwin atau dah lama kahwin dan baru nak dapat anak, ada 4 stail keibubapaan.

1. Ibu bapa yang autoritarian.

Ibu bapa begini biasanya akan menetapkan peraturan untuk anak-anak mereka. Beserta hukuman ya, tuan-tuan. Dan kalau kau biasa jumpa ibu atau ayah yang suka mengarah-arah tanpa memberitahu sebab, mereka inilah ibubapa yang autoritarian. Hal yang bagus tentang mereka ini ialah mereka memberi perhatian dan follow up hal ehwal anak mereka. Ya, tidak dinafi. Sakit juga kalau jadi anak kepada ibubapa yang begini. Cuma, hal yang baik ialah anak-anak sangat jarang terabai.

2. Ibu bapa yang bersikap autoritatif.

Dalam bahasa lainnya ialah demokratik. Ibu bapa yang menggunakan stail ini, akrab juga dengan sikap autoritarian dalam isu menetapkan peraturan dan hukuman. Apa yang menjadikan mereka berbeza ialah ibu dan bapa yang autoritatif menetapkan peraturan dan memberi hukuman beserta penjelasan yang akan diterangkan kepada anak-anak mereka. Oleh sebab itulah, anak-anak jadi lebih faham dan boleh menerima apa yang diinginkan ibubapa mereka. Kebiasaannya anak-anak dari ibubapa yang begini lebih tenang dan damai dalam melalui kehidupan mereka. Sebab ibu ayah mereka memjadi penerang kepada ketidakfahaman. Dan anak-anak mempunyai skil negosiasi dan toleransi yang tinggi dalam berkomunikasi dengan orang lain.

3. Ibu bapa yang permisif.

Atau kita panggil senang memberi izin. Ibubapa begini ada juga menetapkan peraturan tapi sangatlah jarang mengamalkannya. Peraturan ada, tapi kalau anak tak ikut, ibu bapa tak hukum pun. Mereka ini ialah kelompok ibu apa yang mempunyai demand rendah, tidak ada expectation yang tinggi terhadap anak mereka. Kesannya, anak-anak rasa diri mereka major, suara mereka didengari sesenangnya, jadi mereka cenderung untuk rebel dan melawan.

4. Ibubapa yang uninvolved (berlepas tangan – tidak terlibat).

Mereka ini ialah ibubapa yang mempunyai masalah luaran misalnya masalah kewangan atau sakit mental. Mereka tidak terlibat dengan kegiatan anak-anak baik atas kemahuan dan kesedaran sendiri atau dalam keadaan tidak mereka sedari pun. Impak negatifnya ialah anak-anak lebih akrab dengan kawan-kawan mereka disebabkan tiada perhatian dari ibubapa.

Disebabkan aku dah belajar 4 stail ni, aku lebih cenderung dan berharap dapat jadi ibu yang autoritatif. Aku tahu aku harus tetapkan beberapa peraturan dan hukuman sekiranya anak aku langgar peraturan tersebut. Tapi sebelum itu, aku kena terangkan dekat anak, kenapa aku buat peraturan begitu. Apa kesannya, apa baik dan buruknya.

Aku percaya bahawa hubungan antara ibubapa dengan anak akan jadi lebih baik meskipun akan ada isu-isu yang timbul kadang-kadang, sekiranya kita sebagai ibu ayah mengamalkan dasar perbincangan dan penerangan bersama mereka.

Anak-anak lebih faham, mereka lebih senang menerima dan kesannya pengetahuan negosiasi dan toleransi dapat mereka amalkan terhadap orang lain.

Seperkara lagi, Mak dan Abah memang guna stail autoritatif ni. Jadi, aku dah nampak kesan baik dari pemilihan mereka. Tegas dalam masa yang sama memberi ruang penerangan dan luahan dari anak-anak.

Aina Wafi Ab Kadir
Pembentang slide 4 Parenting Styles

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Berbaju Kelawar Ke Negara Buku Mega

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Enam