in ,

Pahlawan Melayu Pun Guna Senjata Api Canggih Lawan Penjajah Lah!

Beberapa minggu lepas, aku ada kendalikan satu program motivasi. Dalam program tu, aku minta setiap peserta berada dalam kumpulan, kemudian buat satu kostum bertemakan Pahlawan Melayu.

Selepas masing-masing selesai, aku minta pula setiap kumpulan mempersembahkan dan pembentangan kostum masing-masing. Satu demi satu, kemudian ada satu kumpulan ni, dia persembahkan kostum Pahlawan Melayu yang memegang keris.

Kemudian, ketika perbentangan, si pembentang cakap begini:

“Kami memilih senjata keris kerana inilah senjata Melayu, dan inilah satu-satunya senjata yang orang Melayu dulu ada untok melawan penjajah. Dulu Melaka kena serang pun, orang lain guna meriam, guna senjata canggih, tapi kita masih lagi gunakan senjata-senjata macam keris la, tombak la.. .”

Kejap, kejap!

Aku suruh berhentikan pembetangan.

“Kita guna keris dan tombak nak lawan penjajah?”

Diorang semua mengangguk.

“Siapa cakap macam tu?”

Semua saling berpandangan. Kemudian salah seorang diorang menjawab, “Entah, dah memang kami belajar macam tu.”

Tepuk dahi aku dengar jawapan tu. Nak saja aku leter pasal topik tu tapi disebabkan masa mencemburui, aku hanya gelengkan saja. Kemudian mereka pun teruskan pembentangan.

Kesilapan terbesar aku adalah aku tak betulkan semula fakta yang diorang cakap tu. Sampai ke petang aku tak ingat langsung nak ulang tegur, sampailah dah balik, sampai rumah, baharulah aku teringat. Aduh… Tapi dah terlambat!

Negeri-Negeri di Tanah Melayu dahulu berjuang dan mempertahankan tanah air bukan sahaja gunakan keris dan tombak, tetapi kita juga memiliki meriam,senapang, pistol, musket dan senjata-senjata canggih, sama macam penjajah.

Kita kalah, bukan sebab kita gunakan keris dan tombak sahaja. Tapi kita kalah sebab kita takda taktik yang ampuh nak melawan penjajah, dibelot oleh orang dalam dan seteru, ditambah pula sikap pemerintah waktu tu yang korup.

Apa ingat orang kat Tanah Melayu ni sengkek dan primitif sangat ke? Kita ni antara pembuat senjata yang mengeksport kat negara-negara lain tau, pada masa dahulu. Takkanlah nak kata kita ni hanya gunakan keris dan tombak saja lawan penjajah?

Kalau kita lihat catatan yang ditulis Godinho Eredia, sewaktu Portugis datang Melaka, jumlah meriam kerajaan Melaka berjumlah lebih kurang 3,000 pucuk dan 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang. Dalam tu dia tulis, Alfonso Albuquerque merekodkan bahawa ada 2,000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi.

Dalam buku A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries tulisan De Burros, Albuquerque terjumpa satu meriam yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada meriam-meriam Portugis pada masa itu.

Lepas tu, mamat ni pergi bawak meriam besar tu ke Kota Calicut, dan jadikan meriam tu sebagai hadiah kepada seteru Portugis di India. Punyalah celaka perangai setan ni. Dah curi, lepas tu dia pergi bagi benda tu kat orang lain sebagai hadiah.

Sebelum pihak Portugis berjaya tiba ke tanah Melaka, diorang sebenarnya dah menyerang melalui laut, tapi tentera laut Melaka awal-awal dah buat serangan balas yang menyebabkan lebih kurang 100 tentera Portugis mati.

Waktu tu, tentera Melaka guna perahu atau lancara yang diisi dengan minyak dan bahan pembakar kayu. Lepas tu, diorang halakan peluru ke kapal-kapal Portugis. Ini dinamakan serangan Fire Ship, dan ia memang digunakan oleh tentera-tentera Eropah pada ketika itu.

Kat kawasan pantai pula, pertahanan Melaka mempunyai pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.

Dan sewaktu itu, kita tidak melawan sendirian. Tentera Melaka ketika itu berlawan beserta bantuan daripada ribuan tentera Jawa dan 3000 orang tentera daripada Parsi serta Turki. Diorang ni dibayar gaji 3 kali ganda pada bulan Melaka diserang (sekitar bulan Julai 1511),tapi orang-orang Jawa membelot Melaka sebab ketua Jawa ada pakatan sulit dengan Albukaki.

Portugis pulak ada 1500 orang tentera Portugis, 400 tentera Cina, tentera dari Sumatera, Pegu dan Siam. Dah ramai macam ni pun, masih ambik masa dekat seminggu baru boleh kalahkan Melaka. Yang kita fikir, hari ni Portugis datang, hari ni jugak Melaka kalah. Padahal, yang berlaku adalah sebaliknya.

Bila Portugis dah menawan Melaka, Alfonso de Albuquerque check gudang-gudang senjata yang ditinggalkan di Melaka. Dia kagum besar dan mengatakan bahawa senapang-senapang di Melaka mempunyai kualiti yang sama hebat dengan senapang-senapang buatan Jerman pada masa itu, yang tidak mampu ditandingi oleh Portugis.

Yang bestnya, kebanyakan meriam-meriam yang Melaka ada dahulu, tak pernah lagi orang pakai. Melaka dah guna bertahun-tahun, barulah empayar Turki Uthmaniah pakai meriam yang sama.

Teringat dahulu dalam buku sejarah di sekolah, gambar ilustrasi tentang serangan Portugis terhadap Melaka menunjukkan Portugis pakai meriam dan alatan canggih, sedangkan di dalam gambar itu, orang-orang Melayu Melaka sedang menyerang menggunakan keris.

Sedih, kita semua tersalah faham tentang sejarah diri sendiri. Lagi sedih, ianya datang daripada sistem pendidikan kita sendiri.

Mufarwa Farid

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply
  1. Melaka sebuah empayar,punya kekuatan & kekayaan.bila fikir logik dalam pertahankan sebuah empayar takkan hanya guna keris & tombak.terima kasih perkongsian sangat bermanfaat.

Leave a Reply

Fungsi Kamera Huawei P20 Pro Yang Amat Canggih

Perjuangan Hal Wanita Bukan Lantang Di Media Sosial Sahaja