,

Orang Hanya Tahu Merungut Tidak Ada Air Di Rumah, Kau Tahu Apa Yang Berlaku Di Hospital?

hospital-serdang-7

 

Semalam, isteri saya gembira sangat. Selepas beberapa hari beliau terpaksa keluar awal ke hospital untuk dapatkan parking sebelum pagar ditutup, akhirnya bekalan air sudah pun kembali dibuka.

Mesti kawan-kawan keliru apa kena mengena pagar dan air. Ya, di pintu belakang hospital terpaksa ditutup pagarnya kerana lori-lori air Syabas akan masuk dan menghantar puluh ribu gelen air untuk bekalan pegawai farmasi, para doktor dan para petugas hospital untuk melancarkan apa sahaja yang boleh mereka teruskan.

Pasti kalian tidak tahu dalam tempoh beberapa hari ini, Hospital Serdang terpaksa melaksanakan perintah darurat air kerana bekalan air terputus akibat dari pencemaran di Sungai yang melibatkan kawasan di sekitar Hulu Langat, Kajang, Bandar Baru Bangi.

Bekalan air yang sepatutnya diterima oleh Hospital Serdang ialah sebanyak 750,000 gelen sehari dan ia diperlukan kerana persediaan merawat lebih 570,000 penduduk sekitar dan luar kawasan.

Air yang digunakan sudah pastinya untuk membancuh ubat, urusan dialysis, pembedahan malah untuk steril dan pembersihan ruang.

Dalam tempoh seminggu, isteri saya bawa bekalan 10-20 liter air sehari untuk wudhuk dan terpaksa menahan untuk ke tandas sehingga waktu rehat dan terus pecut kereta ke kawasan sekitar. Beliau juga mengangkut air bersama rakan-rakannya untuk memastikan kerja-kerjanya dapat dilakukan dengan baik.

Kau bayanglah, wanita-wanita yang kau cinta ini terpaksa mengangkut air dari lori ke tempat kerja masing-masing. Yelah, habis semua mekap misi-misi cun. Berpeluh sakan depa. Hihi.

Kita mungkin mengeluh rumah kita tidak punya air, para doktor, pegawai farmasi, pembantu-pembantu perubatan juga berhadapan dengan kes ketiadaan air ini dengan cukup stress dan penat. Kau bayanglah, kesemua tandas ditutup. Semua. Termasuk di wad, di kecemasan dan kawasan orang ramai.

Lebih 100 katil wad dipindahkan ke hospital lain. Malah ada kes dialysis terpaksa dimasukkan ke ICU kerana kekurangan bekalan air.

Bukan itu sahaja, berpuluh pembedahan terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain pula. Ya Tuhan.

Itu belum ditambah dengan keluarga pesakit yang tahu marah-marah kerana tidak dapat membuang atau melepaskan hajat. Semuanya para petugas hospital terpaksa hadap satu demi satu dengan cukup sabar.

Buat kakitangan Syabas yang terus membantu menghantar air menggunakan lori ke seluruh Hospital dan klinik yang terjejas, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Juga buat kakitangan semua Hospital yang berkerja keras demi rakyat walau dalam tempoh kesusahan begini, saya juga ucapkan tahniah dan syabas. Semoga Tuhan sentiasa melihat kesungguhan kalian dan menghadiahkan segala bentuk rezeki kepada kalian.

Kadang-kadang, peristiwa begini mengingatkan kita tentang kecanggihan teknologi tetap meletakkan kita dibelakang hasil ciptaan Tuhan. Kita sudah sediakan paip, sudah sediakan tong, empangan. Tiba-tiba ada pencemaran, dan kita semua terpaksa akur untuk air itu dirawat terlebih dahulu sebelum gunakan ia untuk merawat orang lain.

Tuhan selalu suka menguji kita dengan apa yang kita suka. Air merupakan sesuatu yang kita amat-amat perlukan pada zaman ini.

Dan, sekiranya benar ia perbuatan khianat, kita doakan semoga ia tidak berulang sekali lagi serta semua para penguatkuasa undang-undang dapat mengambil tindakan yang cukup serius tentang ini.

Kasihankan mereka yang sedang sakit dan tenat di hospital. Mereka jauh memerlukannya.

Buat semua kakitangan Hospital dan klinik, kami tabik spring.

 

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Filem-Filem Awal Aziz M. Osman. (Bukan Azizan Osman Tau)

Kisah Cinta Kau Macam Mana? Ada Power Macam Kisah Aku?